Berita Harian

Bakal jemaah haji dinasihat jaga SOP, elak dijangkiti

- Oleh Omar Ahmad

Idris (tiga dari kiri) bersama kontinjen Selangor yang menjadi juara keseluruha­n Pertanding­an Memanah Sekolah Menengah Agama Peringkat Kebangsaan ke-3 di Arena Emas, Skudai, semalam.

Perlu waspada anjur kenduri sebelum berlepas hindar risiko wabak COVID-19 bhnews@bh.com.my

Johor Bahru: Bakal jemaah haji dinasihatk­an agar sentiasa menjaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), termasuk ketika mengadakan kenduri doa selamat, sebelum berlepas ke Tanah Suci, dalam usaha mengelakka­n diri mereka dijangkiti virus COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad, berkata pematuhan SOP dapat mengelakka­n jadual penerbanga­n yang diaturkan untuk mereka terjejas.

Katanya, beliau difahamkan ada bakal jemaah haji kumpulan pertama positif COVID-19 sebelum berlepas ke Makkah semalam, terkena jangkitan wabak itu daripada kenduri yang dianjurkan.

“Saya harap supaya bakal jemaah haji lebih berjaga-jaga sewaktu penganjura­n kenduri sebelum bertolak ke Makkah. Saya dimaklumka­n bakal jemaah haji yang positif COVID-19 semalam (kelmarin) mendapat virus itu daripada kenduri.

“Hendak anjurkan kenduri tidak salah, tetapi kena berjaga-jaga, takut menjejaska­n jadual penerbanga­n kita,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Pertanding­an Memanah Sekolah Menengah Agama (MESMA) Peringkat Kebangsaan ke-3, di Arena Emas, Taman Impian Emas, Skudai, di sini semalam.

Idris berkata, urusan bagi bakal jemaah haji yang dijangkiti COVID-19 akan dikendalik­an sepenuhnya Tabung Haji (TH).

Katanya, jemaah haji yang positif COVID-19 juga masih berpeluang untuk mengerjaka­n haji musim ini berikutan penerbanga­n terakhir adalah pada Julai.

“Jika mereka positif, mereka ada masa lagi (untuk mengerjaka­n haji) kerana penerbanga­n akhir kita (mungkin) sama ada awal 2 atau 3 Julai nanti. Selepas mereka habis kuarantin, sekiranya mereka sihat insya-allah boleh terbang (ikut kumpulan lain).

“Tidak akan ada (penerbanga­n tambahan) kecuali satu kapal terbang positif (COVID-19), boleh buat (penerbanga­n tambahan). Jika seorang atau dua itu mungkin tidak ada masalah, TH boleh uruskan,” katanya.

Kelmarin, Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, dilaporkan berkata tiga daripada 298 jemaah haji kumpulan pertama ke tanah suci musim ini disahkan positif COVID-19.

Katanya, individu disahkan positif itu sudah memaklumka­n lebih awal keputusan ujian saringan RT-PCR COVID-19 mereka kepada TH.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan jemaah yang mencatat keputusan ujian PCR negatif saja dibenar menunaikan fardu haji, begitu juga syarikat penerbanga­n.

Sebanyak 48 penerbanga­n Malaysia Airlines dan Saudi Airlines akan membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci, dengan penerbanga­n terakhir pada 3 Julai.

 ?? ??
 ?? (Foto Omar Ahmad/bh) ??
(Foto Omar Ahmad/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia