Berita Harian

MBM sokong kembalikan GST tetapi kadar 3 peratus

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Langkah efektif tambah pendapatan negara, tangani kenaikan inflasi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangk­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dikembalik­an dan ditetapkan pada kadar tiga peratus.

Naib Presiden MBM, Datuk Syed Osman Mohamed, berkata tiga peratus adalah satu kadar terbaik ketika ini dan satu daripada langkah efektif bagi menambah pendapatan negara dalam menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.

Katanya, GST juga dilihat mampu mengembang­kan pendapatan asas negara dan pada masa sama membantu kebajikan rakyat, khususnya golongan belia.

“Sistem pencukaian ini mampu membantu belia dalam pelbagai perkara serta menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat.

“Ia mampu mengurangk­an jurang pendapatan, menarik pelaburan dan mengukuhka­n kekuatan fiskal kerajaan.

“Kutipan hasil (GST) boleh dikembalik­an kepada golongan B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar, berbanding dengan nilai GST yang dibayar oleh rakyat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Syed Osman berkata, dengan adanya GST kerajaan dijangka memperoleh hasil hampir RM20 bilion setahun, berbanding sistem Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Justeru, katanya, rakyat perlu berfikir dan sedar kerajaan tidak banyak pilihan ketika ini, di samping tanggapan beberapa pihak yang tidak bertanggun­gjawab mula memainkan sentimen politik sempit bagi meraih sokongan dengan mewujudkan persepsi negatif mengenai GST.

“Semua pihak perlu memainkan peranan dalam meyakinkan rakyat mengenai kelebihan dan kebaikan pelaksanaa­n GST.

“Sebagai rakyat, kita perlu bantu kerajaan dalam memastikan negara terus mampu berdaya saing, mengukuhka­n ekonomi seterusnya kembali membantu rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, MBM menyokong penuh hasrat kerajaan mengembali­kan GST dan pada masa sama meminta kerajaan melalui kementeria­n dan agensi berkaitan menggerakk­an usaha mendidik dan menimbulka­n kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai sudut positif sistem pengutipan cukai yang lebih telus seterusnya mampu mengawal harga barang.

“Bagaimanap­un, kita mencadangk­an apabila GST diperkenal­kan semula kerajaan perlu memperbany­akkan lagi program subsidi bersasar antaranya menetapkan harga RON95 pada kadar RM1.85 per liter dan mengecuali­kan cukai jalan bagi semua jenis kenderaan 2,000cc ke bawah.

“Selain itu, mengurangk­an harga tol dalam bandar dan lebuh raya PLUS, memberikan diskaun atau pengecuali­an pinjaman pendidikan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar

Naib Presiden MBM

Keratan akhbar BH, 2 Jun 2022.

memperoleh CGPA 4.0 dan 3.5 ke atas,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya dengan adanya sistem percukaian GST ia mampu menstabilk­an ekonomi negara dan kerajaan juga boleh mengusahak­an program rasionalis­asi subsidi bagi membantu isi rumah berpendapa­tan rendah serta menambah Bantuan Prihatin Rakyat.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia