Berita Harian

Wadar hilang ditemui lemas

- Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri bhnews@bh.com.my

Mangsa cuba berenang menyeberan­gi Sungai Perak

Kuala Kangsar: Wadar lelaki yang dilaporkan hilang ketika berenang menyeberan­gi Sungai Perak dekat Kampung Sayong Lembah, di sini, malam Jumaat lalu, ditemukan lemas semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata mayat Mohamad Nor Amirulhamz­ah Jaafar, 26, dijumpai terapung di tepian sungai itu, kira-kira dua kilometer dari lokasi ‘staging’ (pusat operasi) pasukan menyelamat, pada jam 7.19 pagi.

“Mangsa disahkan maut oleh pasukan perubatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kelmarin, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, dilaporkan berkata terdahulu mangsa yang beralamat di Kampung Gadong Jaya, Seremban, Negeri Sembilan dan bertugas sebagai wadar sebuah pusat rawatan dan pemulihan di Padang Rengas, menjala ikan bersama pengurus serta tiga penghuni pusat berkenaan.

Kumpulan lima individu itu dikatakan menjala ikan mulai jam 8.30 malam Jumaat lalu berdekatan Jambatan Sultan Abdul Jalil (Jambatan Sayong) di Kampung Sayong Lembah, sebelum dua daripada mereka termasuk mangsa turun ke sungai untuk berenang ke seberang.

Bagaimanap­un, mangsa dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas, manakala seorang lagi berjaya menyelamat­kan diri.

JBPM Perak menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada jam 10.35 malam sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)

Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Operasi membabitka­n kekuatan logistik sembilan bot, termasuk bantuan bot penduduk kampung dan peserta pertanding­an bot naga berhampira­n yang dijadualka­n berlangsun­g semalam.

 ?? (Foto ihsan JBPM Perak) ?? Pasukan penyelamat membawa naik mayat Mohamad Nor Amirulhamz­ah yang ditemukan terapung di tepian Sungai Perak.
(Foto ihsan JBPM Perak) Pasukan penyelamat membawa naik mayat Mohamad Nor Amirulhamz­ah yang ditemukan terapung di tepian Sungai Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia