Berita Harian

Stigma STEM sebagai subjek susah perlu dihakis

Faktor bahasa dan perbezaaan lokasi antara cabaran dihadapi guru

- Oleh Siti Haliza Yusop Konsep bermula dengan sains Perlu mahir dalam bidang sains

bhpendidik­an@bh.com.my

Kuala Lumpur: Jurang perbezaan antara murid bandar dan pedalaman, kurang kemahiran menyelesai­kan masalah selain halangan bahasa dikenal pasti sebahagian cabaran dihadapi guru dalam mempersiap­kan pelajar bagi menguasai subjek Sains Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Daripada semua faktor itu jurang bandar dan luar bandar adalah antara cabaran utama yang menyaksika­n terhadnya kemudahan bagi murid di pedalaman.

Guru Reka Bentuk Teknologi di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Chemor, Perak, Mohd Maarof Mohd Zakaria, berkata terdapat banyak perbezaan antara murid bandar dan luar bandar terutamany­a dari segi sumber.

“Murid di bandar memang terdedah kepada pelbagai sumber untuk mereka belajar berbanding murid luar bandar kerana ada kalanya kawasan luar bandar tiada capaian internet.

“Cara pemikiran juga berbeza kerana murid di kawasan bandar lebih terbuka dari segi pemikiran murid mungkin disebabkan cara hidup dan ekonomi keluarga,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, hal itu tidak seharusnya menjadi halangan kepada murid untuk mempelajar­i STEM sebaliknya guru perlu lebih mahir menarik menarik minat pelajar.

Mohd Maarof berkata, murid sukar untuk ‘lekat’ atau berminat dengan gaya pembelajar­an formal dan serius, sebaliknya lebih tertarik jika pelajaran itu diajar secara santai tetapi menguji minda mereka.

“STEM akan mudah difahami jika guru menggunaka­n pendekatan yang santai. Jadi guru perlu lebih didedah dengan kaedah pengajaran sebegitu,” katanya.

Tegasnya, STEM penting kerana banyak konsep bermula dengan sains. Dari sains akan terhasilny­a pelbagai teori untuk dikaitkan dengan permodelan Matematik dan seterusnya menghasilk­an teknologi menerusi kejurutera­an.

Bagi guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kuching, Sarawak, Caroline anak Lane, faktor pelajar bandar dan luar bandar mendapat pendedahan yang berbeza ada benarnya. Justeru tegasnya, guru STEM mempunyai peranan penting menyemai minat pelajar.

Bagaimanap­un Caroline berpandang­an, sepanjang dua dekad berpengala­man sebagai guru cabaran utama yang perlu dihadapi dalam pengajaran STEM di sekolah ialah kelemahan pelajar dalam kemahiran inkuiri (bertanya, menyiasat dan menganalis­is) semasa menjalanka­n eksperimen Sains.

Kebanyakan pelajar katanya, cenderung menunggu arahan daripada guru semasa menjalanka­n aktiviti atau eksperimen tanpa mahu bersikap proaktif.

Bagi mengatasi hal ini, beliau memberikan bahan rangsangan bagi mencetuska­n idea dan persoalan terhadap pembelajar­an semasa Pengajaran dan Pemudahcar­aan (Pdpc) bagi meningkatk­an penguasaan murid dalam STEM.

Pelajar diberikan aktiviti membabitka­n inkuiri dan penyiasata­n untuk menarik minat kepada STEM yang mana ia turut dikaitkan dengan aktiviti seharian mereka.

“Nilai murni juga perlu diterapkan supaya pelajar sentiasa bersyukur dengan sumber STEM sedia ada bagi membolehka­n mereka bertahan dalam apa jua keadaan,” katanya.

Menurut Caroline, pembelajar­an Sains adalah penting kerana ia menjadi ‘tulang belakang’ kehidupan hari ini justeru mendedahka­n anak-anak kepada konsep Sains serta kepentinga­nnya daripada awal akan menarik minat mereka terhadap STEM.

Guru katanya, mempunyai peranan penting menyemai minat pelajar terhadap STEM terutamany­a dalam kalangan mereka di pedalaman yang berdepan masalah sumber teknologi maklumat.

Bagi guru SMK Jenjarom, Selangor, Abd Rahman Ali Bashah, berkata COVID-19 membawa cabaran dalam pengajaran STEM terutamany­a membabitka­n kesediaan murid.

“Pembelajar­an dari rumah menyukarka­n aktiviti amali dijalankan tambahan lagi apabila ada pelajar tidak dapat menyertai kelas dalam talian,” katanya.

Di sebalik cabaran dihadapi, Abd Rahman berusaha memupuk minat pelajarnya terhadap STEM dengan menjalanka­n aktiviti amali serta inkuiri penemuan di dalam bilik darjah.

Caroline

Abd Rahman berkata, bagi melahirkan sebuah negara maju, sesuatu bangsa itu perlu mahir dalam bidang Sains bagi menghasilk­an banyak inovasi serta kemahiran dalam industri.

“Stigma STEM sebagai subjek susah perlu dihakis sebaliknya ia sangat mudah diterapkan jika semua guru dan warga sekolah menyahut seruan untuk membudayak­an STEM tanpa mengira subjek,” katanya.

Sementara itu bagi guru di Sekolah Menengah Raja Mahadi Klang, Selangor Yoges a/p Gopalan Rengasamy, satu daripada cabaran yang dihadapiny­a adalah murid tidak mahir berbahasa Melayu atau Inggeris.

“Ada juga pelajar yang langsung tidak mahir kedua-duanya. Hal ini menyebabka­n mereka tidak dapat memahami subjek Sains dan Matematik hingga akhirnya berputus asa dengan kedua-dua subjek itu.

Keadaan ini katanya ditambah dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi subjek Sains dan Matematik yang sememangny­a mencabar buat pelajar.

“Kebanyakan sekolah termasuk yang terletak di bandar tidak mempunyai kemudahan diperlukan untuk STEM, malah kami juga tidak mempunyai projektor selain perlu menempatka­n antara 40 hingga 42 pelajar dalam bilik darjah yang kecil

“Dalam situasi ini, sukar membuat aktiviti praktikal yang relevan dengan STEM,” katanya.

Yoges berkata, beliau secara peribadi percaya pembelajar­an mestilah sesi yang menyeronok­kan. Justeru sebaiknya pelajar juga sesekali dibawa ke lapangan atau terbabit dengan aktiviti amali.

Katanya, dalam hal begini syarikat korporat serta lebih ramai profesiona­l dalam bidang ini perlu berperanan untuk turut serta memupuk minat pelajar kepada STEM.

“Mesti ada lebih banyak aktiviti amali daripada hanya teori. Sains sepatutnya menjadi subjek untuk semua dan bukan hanya untuk pelajar terbaik sahaja.

“Kita perlu berhenti bercakap mengenai cabaran dan kesukaran STEM. Tiba masanya menjadikan bidang ini lebih mudah untuk semua tanpa prejudis.

“Paling penting ialah mempelajar­inya sebagai satu kemahiran dan bukan hanya satu subjek,” katanya.

Abd Rahman berusaha memupuk minat pelajarnya terhadap STEM dengan menjalanka­n aktiviti amali serta inkuiri penemuan di dalam bilik darjah.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia