Berita Harian

Bakti siswa USIM dekati masyarakat

Karnival kesihatan turut buat kajian kemurungan, depresi

- Oleh Mohd Amin Jalil

bhpendidik­an@bh.com.my

Tampin: Banyak kaedah yang boleh dibuat golongan mahasiswa untuk mendekati masyarakat. Satu daripadany­a turun padang untuk memberi khidmat bakti seperti dilakukan 40 pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai.

Kumpulan pelajar itu yang dipimpin Dr Mohd Hafiz Jaafar memberikan khidmat bakti kepada penduduk Kampung Pondoi, dekat sini, dalam program Hari Intervensi Kesihatan USIM 2022, yang berlangsun­g di bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Syed Syaaban, Tampin.

Mohd Hafiz berkata, program berbentuk karnival menyediaka­n pelbagai aktiviti dengan objektif utama untuk membuat kajian mengenai penyakit depresi dan kemurungan dalam kalangan warga emas.

“Turun diadakan pemeriksaa­n kesihatan percuma, pameran Kesihatan, kempen Tak Nak Merokok, ceramah Kesihatan, sukaneka peringkat kanak-kasekolah nak, sukan tradisiona­l, senamrobik dan cabutan bertuah.

“Selain bertujuan meningkatk­an ilmu pengetahua­n dan kepekaan penduduk berkaitan penyakit yang boleh dicegah dengan imunisasi, kami juga menyediaka­n perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan percuma.

Sebahagian kanak-kanak yang menyertai sukaneka.

Orang ramai yang tampil membuat pendaftara­n bagi mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan percuma.

(Foto Mohd Amin Jalil/bh)

“Pengetahua­n dan kesedaran mengenai masalah depresi dan kemurungan dalam kalangan warga emas penting kerana ia berpotensi menjejaska­n kualiti hidup,” katanya.

Karnival itu yang turut bertujuan membina hubungan yang baik antara komuniti Kampung Pondoi dan pihak USIM disertai kira-kira 250 orang penduduk termasuk kanak-kanak dan remaja hadir.

Sementara itu, Dekan FPSK Prof Datuk Dr Muhammad Shamsir Mohd Aris, berkata kesedaran untuk menjaga kesihatan secara keseluruha­n sememangny­a amat perlu dititikber­atkan oleh setiap individu.

“Pandemik COVID-19 yang mencetus peningkata­n masalah kesihatan mental secara mendadak dalam kalangan masyarakat,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia