Berita Harian

Bakat seni SK Putra

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

bhpendidik­an@bh.com.my

Jelebu: Sekumpulan murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putra di sini membuktika­n kebolehan tersendiri apabila menguasai tarian tradisiona­l Melayu antaranya zapin, inang dan joget.

Guru Besar sekolah berkenaan Syed Zulkafli Syed Abdul Karim, berkata kebiasaan mereka menarikan tarian sewang menyebabka­n mereka mudah untuk mempelajar­i tarian tradisiona­l lain.

Katanya sejak ditubuhkan dua tahun lalu, antara pencapaian mereka yang membanggak­an apabila memenangi tempat kelima pertanding­an tarian sekolah rendah peringkat Negeri Sembilan pada 2020 yang diadakan secara maya.

“Ketika itu kumpulan tarian ini baru sahaja dibentuk. Mereka juga dilatih sendiri oleh guru sendiri tanpa membabitka­n jurulatih luar.

“Hanya pada peringkat awal kumpulan ini ditubuhkan kami memanggil jurulatih dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan bagi tujuan memilih penari dan selepas itu semua diuruskan guru,“katanya.

Syed Zulkafli berkata, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Nor Mazitah Mahussin antara jurulatih yang terbabit memberi latihan kepada kumpulan murid berkenaan selain turut dibantu oleh tiga guru lain.

Tegas Syed Zulkafli, majoriti pelajar di SK Putra adalah murid Orang Asli suku Temuan dan sebelum ini tidak begitu terdedah dengan tarian Melayu. Bagaimanap­un, mereka disedari berbakat dalam bidang tarian.

“Mungkin kerana biasa menari sewang, jadi mereka dilihat menonjol dalam tarian. Pihak sekolah mengambil langkah untuk mengasah bakat mereka.

Kumpulan penari SK Putra bersama guru pembimbing.

“Tidak disangka keupayaan mereka menarik perhatian pihak luar yang mengundang kumpulan itu mengadakan persembaha­n,” katanya.

Syed Zulkafli berkata, apa yang mahu ditonjolka­n adalah bakat mereka selain tarian sebagai seni yang tidak seharusnya terhad kepada Orang Melayu sahaja sebaliknya setiap orang mampu berbuat demikian.

Sementara itu, Nor Mazitah berkata dia melatih murid berkenaan pada sebelah petang selepas sesi persekolah­an selama dua jam. Namun latihan mereka terhenti apabila COVID-19 melanda.

“Setakat ini kita sudah membuat lima persembaha­n termasuk ketika sambutan hari guru peringkat Parlimen Jelebu yang turut dihadiri Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

“Apa yang menarik murid memberi komitmen tinggi apabila berjaya mengikut semua arahan ketika berlatih.

“Malah ibu bapa juga memberi sokongan kepada anak-anak untuk menyertai kumpulan tarian sekolah ini,” katanya.

Nor Mazitah berkata kebiasaan sekiranya ada undangan dan diatas permintaan, murid akan dilatih dua minggu sebelum persembaha­n.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia