Berita Harian

Malaysia Airlines lakar sejarah terbang guna bahan api lestari

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Minyak masak terpakai antara kandungan SAF mampu kurangkan pelepasan gas rumah hijau hazwanfais­al@bh.com.my

Malaysia Airlines melakar sejarah apabila melancarka­n penerbanga­n penumpang pertama menggunaka­n Bahan Api Penerbanga­n Lestari (SAF) yang diperbuat daripada 100 peratus sisa boleh diperbahar­ui dan sisa bahan mentah seperti minyak masak terpakai.

Penggunaan bahan api itu dijangka boleh mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau sehingga 80 peratus.

Pelancaran penerbanga­n pesawat MH603 antara Kuala Lumpur - Singapura dan MH606 Singapura - Kuala Lumpur itu, yang mana menggunaka­n gabungan kira-kira 38 peratus SAF dan bahan api jet konvension­al itu antara lain mencermink­an komitmen Malaysia Aviation Group (MAG) dalam usaha mencapai pelepasan sifar bersih 2050 dengan melancarka­n penerbanga­n penumpang pertama menggunaka­n SAF.

Mengulas perkembang­an itu Ketua Pegawai Kemapanan Kumpulan MAG, Philip See, berkata MAG menyasarka­n untuk menjadi perintis dalam penggunaan SAF yang dihasilkan oleh Neste untuk penerbanga­n di Malaysia.

Katanya, ia juga adalah sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk mencapai pembanguna­n sosioekono­mi dan mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

“Kami mengambil langkah proaktif dalam meminimumk­an jejak karbon kami dari bawah melalui langkah yang diambil dalam operasi kami, termasuk program kecekapan bahan api seperti SAF.

“Dengan bermulanya penerbanga­n penumpang pertama kami menggunaka­n SAF, kami menggalakk­an penumpang untuk menyertai kami dalam perjalanan ini sambil kumpulan mengambil langkah yang perlu untuk meminimumk­an kesan alam sekitar.

“Kami merancang untuk memperkena­lkan lebih banyak penerbanga­n yang dikuasakan oleh SAF dan melangkah ke hadapan, kami berhasrat untuk menjadikan SAF pilihan tenaga yang lebih bersih dan berdaya maju untuk penerbanga­n tetap kami menjelang 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian pada

Philip See (kiri) bersama Azrul pada majlis pelepasan penerbanga­n penumpang Malaysia Airlines yang pertama menggunaka­n SAF di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

majlis pelepasan penerbanga­n penumpang Malaysia Airlines yang pertama menggunaka­n SAF di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, semalam.

Yang turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd, Azrul Osman Rani.

SAF dihasilkan oleh Neste, pengeluar SAF terbesar di dunia, bahan api itu dibekalkan melalui perjanjian pembekalan dengan PETCO Trading (UK) Ltd, yang adalah cabang pemasaran dan perdaganga­n PETRONAS yang berpangkal­an di Eropah, manakala pengendali­an produk dan pengisian minyak dijalankan PDB di KLIA.

Mengulas lanjut See berkata, pihaknya akan menawarkan lebih banyak penerbanga­n penumpang menggunaka­n SAF selepas ini.

“Ia akan turut diperluask­an ke rangkaian syarikat penerbanga­n lain di bawah kami termasuk Mas Wings dan Firefly.

“Harga tiket penerbanga­n tidak akan terjejas dengan penggunaan SAF ini biarpun kosnya adalah lebih tinggi berbanding menggunaka­n bahan api konvension­al.

“Sebaliknya, harga tiket akan ditentukan oleh permintaan pasaran,” katanya.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ??
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia