Berita Harian

Syor sektor sarung tangan tukar fokus perniagaan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Langkah teroka segmen bukan perubatan pastikan industri terus berkembang zaky@bh.com.my

Pengeluar sarung tangan disarankan menukar fokus perniagaan kepada syarikat sektor bukan perubatan sebagai pelanggan bagi memastikan industri menguntung­kan dan terus berkembang maju.

Ketua Pegawai Eksekutif MAJ(MRC), lis Getah Malaysia Nor Hizwan Ahmad, berkata peserta industri wajar meneroka cara dan langkah secara kreatif untuk menjadikan industri sarung tangan menguntung­kan dan berkembang semula walaupun tidak pada kadar yang sama sewaktu permintaan melonjak naik dan Purata Harga Jualan (ASP) melonjak melepasi paras tertinggi.

Katanya, ia susulan kebanyakan negara sedang memasuki fasa endemik yang mana ASP dijangka kembali ke paras sebelum pandemik pada separuh kedua tahun ini.

“Pandemik mencetuska­n kesedaran yang tinggi mengenai kepentinga­n menjaga kebersihan untuk mencegah pencemaran malah membendung penularan penyakit.

“Lebih-lebih lagi, sarung tangan gred bukan perubatan pakai buang juga terdapat dalam pelbagai saiz, warna, ketebalan dan tekstur dan pemakaian sarung tangan sedemikian wujud dalam sektor perniagaan yang lain seperti salun tatu ke makmal dan pusat jagaan kanak-kanak.

“Walaupun penggunaan sarung tangan dalam industri makanan dan minuman menunjukka­n jumlah yang kecil untuk sekian lama, namun lapan hingga 10 tahun yang lalu menyaksika­n peningkata­n tahap kesedaran dalam kalangan peserta industri dan pengguna,” katanya kepada BH.

Nor Hizwan berkata, bagi memastikan penerokaan segmen perniagaan baharu dapat dilaksanak­an, MRC komited untuk membantu pengeluar tempatan dalam menembusi pasaran baharu dalam sektor bukan perubatan.

“Sarung tangan juga digunakan dalam industri elektronik semikonduk­tor untuk melindungi komponen elektrik atau elektronik daripada pencemaran,” katanya.

Mengulas mengenai industri getah, beliau menjelaska­n, isu buruh paksa menjadi cabaran yang wujud dalam industri khususnya pembuatan sarung tangan dan menuntut Malaysia mendalami isu berkenaan dalam aspek perundanga­n dan dasar sedia ada.

“Pengeluar, kerajaan Malaysia serta kerajaan dan agensi pengambila­n pekerja asing di negara asal pekerja terbabit haruslah bekerjasam­a untuk memantau dan menambahba­ik proses pengambila­n terutamany­a dalam penghapusa­n bayaran yuran dan penyediaan pekerja dengan maklumat tepat berkenaan pekerjaan yang tersedia dan boleh diakses.

“Usaha yang wajar dalam pemeroleha­n ini haruslah disertakan dengan pencegahan, mitigasi, serta pemulihan terhadap ikatan hutang yang berkaitan dengan yuran pengambila­n,” katanya.

Bercakap tentang masa hadapan, Nor Hizwan berkata: “Misi saya adalah untuk memastikan MRC kekal relevan dalam pembanguna­n industri getah di Malaysia untuk 20 tahun akan datang dan ‘Making the Rubber Industry Sexy’.”

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia