Berita Harian

UDA Holdings raih anugerah Jenama PKS terbaik Brandlaure­ate

-

UDA Holdings Berhad (UDA) meraih anugerah Jenama PKS terbaik Brandlaure­ate 2022 bagi kategori Rakan Perniagaan Strategik PKS.

Pengerusi UDA, Datuk Norliza Abdul Rahim, berkata UDA selaku sebuah agensi di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa komited menggalas peranan memperkasa dan melahirkan Keluarga Usahawan yang berdaya saing khususnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), selain mengukuhka­n peranan dalam pembanguna­n hartanah negara.

“Sejak awal penubuhan, UDA fokus menyokong hasrat kerajaan menggiatka­n aktiviti keusahawan menerusi ruang niaga kondusif di tengah bandar. Antara kompleks beli-belah di bawah seliaan UDA adalah Angsana Johor Bahru Mall, Angsana Ipoh Mall, Kompleks Pertama dan Angsana Seremban.

“Bagi tahun 2022, UDA juga merangka sembilan Program Pembanguna­n Keusahawan­an iaitu UDA Preneur, UDA Bizznita, UDA 4Youth, UDA One Stop Retail Centre, UDA Craft Corner, UDA Entreprene­ur Trainee, Malaysian Entreprene­ur Hub, Angsana Virtual Mall dan Program Adaptasi Teknologi PMKS (MYTAP) dengan jumlah sasaran 1,100 peserta.

“Menerusi usaha dan pelaksanaa­n program ini, UDA berharap ia dapat memberi pengalaman dan anjakan paradigma kepada usahawan agar mereka lebih berkeyakin­an dan terus berkembang maju,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, inisiatif itu juga selari dengan penjenamaa­n baharu UDA yang berkonsepk­an ‘LIFE‘ iaitu ‘Legacy’ (Legasi), ‘Integrated’ (Integrasi), ‘Finesse’ (Ketelitian) dan ‘Enrich’ (Memperkasa).

Menerusi program UDA Preneur, UDA Bizznita, UDA 4Youth dan Malaysian Entreprene­ur Hub (hab yang pertama - Hab Keusahawan Morten Walk di Melaka), UDA menawarkan ruang niaga yang strategik dan bantuan yang diberikan termasuk kos pengurusan dan manfaat fasiliti.

Norliza Abdul Rahim

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia