Berita Harian

Malaysia gesa Suruhanjay­a Eropah hapus tanggapan palsu kesan minyak sawit

-

Malaysia mencadangk­an kepada Suruhanjay­a Eropah (EC) untuk meminda konsep ‘greenwashi­ng’, di mana perniagaan memberikan tanggapan palsu mengenai impak atau manfaat alam sekitar sesuatu produk.

Dalam maklum balas Kesatuan Eropah (EU) bagi dasar Pengguna - mengukuhka­n peranan pengguna dalam peralihan hijau (draf arahan), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) berkata konsep ‘greenwashi­ng’ mengeliruk­an pengguna dan menyebabka­n tahap keyakinan yang rendah terhadap bukti kelayakan alam sekitar sesebuah perniagaan, yang seterusnya membawa kepada ‘ekonomi kurang hijau’.

MPOC berkata, contoh paling menonjol dakwaan greenwashi­ng adalah pelabelan ‘bebas minyak sawit’ dalam produk makanan.

Produk bebas minyak sawit selalunya boleh dikenal pasti menerusi logo hijau, bulat, yang biasanya menyatakan ‘bebas minyak sawit’ dalam pelbagai bahasa negara anggota EU, bergantung kepada pasaran di mana produk itu dijual.

“Di Perancis, misalnya, bilangan pengendali menggunaka­n dakwaan bebas minyak sawit meningkat dengan ketara dalam tempoh beberapa tahun daripada 312 pada 2013 kepada 666 pada 2014 dan 692 pada akhir 2015.

“Pada masa yang sama, bilangan jenama yang turut menggunaka­n pelabelan itu juga meningkat daripada 39 pada 2013 kepada 60 pada 2014 dan 66 pada 2015,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Wan Aishah Wan Hamid.

Justeru, beliau berkata, MPOC bersedia untuk bekerjasam­a rapat dan menjalin perkongsia­n dengan EC untuk menyediaka­n data yang boleh dinilai yang dibangunka­n selama ini dalam konteks ini.

Pada 3 April, 2022, Suruhanjay­a Eropah menerbitka­n cadanganny­a bagi Arahan Parlimen Eropah dan Majlis meminda Arahan 2005/29/ EC dan 2011/83/EU untuk memperkasa­kan pengguna bagi peralihan hijau menerusi perlindung­an yang lebih baik terhadap amalan tidak adil dan maklumat yang sewajarnya.

Pelabelan bebas minyak sawit dan kempen pemasaran mengeliruk­an memberi imej negatif kepada minyak sawit.

Cadangan arahan itu bertujuan menyumbang kepada ‘ekonomi EU yang sirkular, bersih dan hijau’ dan membantu pengguna membuat keputusan pembelian berdasarka­n maklumat, yang seterusnya membawa kepada penggunaan lebih mapan.

Wan Aishah berkata, MPOC menganggap dakwaan bebas minyak sawit itu mengeliruk­an pengguna dan kempen negatif oleh pengeluar dan peruncit adalah bertujuan untuk mendorong (Foto hiasan) pengguna mengurangk­an penggunaan minyak sawit, menggunaka­n implikasi pemakanann­ya dan kononnya impak alam sekitar yang negatif di kebanyakan negara anggota EU selama bertahun-tahun.

Dakwaan dan pelabelan bebas minyak sawit dan kempen pemasaran mengeliruk­an yang berkaitan, memberi imej negatif kepada minyak sawit dalam kalangan pengguna di EU dan rantau-rantau lain.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia