Berita Harian

Harga motosikal naik sejak Januari

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Pengeluar tak mampu serap peningkata­n kos kesan kejatuhan ringgit

Harga jualan motosikal di pasaran tempatan sudah mula meningkat sejak Januari lalu selepas kebanyakan pengeluar tidak mampu lagi menyerap peningkata­n kos berpunca daripada kejatuhan nilai ringgit, kos pengangkut­an meningkat dan pelaksanaa­n gaji minimum.

Ketua Pegawai Eksekutif Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), Roslan Roskan, berkata setiap peserta utama dalam industri pemotoran mempunyai strategi yang berbeza dalam mengurus dan menyerap kos dalam memilih produk atau model dan berapa kuantum harga yang akan dinaikkan.

“Begitu juga di MODENAS, di mana banyak perkara harus diambil kira bagi mengekalka­n operasi untuk dapat berjalan lancar,” katanya kepada BH.

Menurut sumber industri, kenaikan harga motosikal di pasaran tempatan berlaku termasuk disebabkan lonjakan bahan mentah sehingga 30 peratus terutama besi.

“Bahan mentah naik harga, ringgit jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan renmimbi, kos penghantar­an menerusi laut meningkat dan upah juga naik. Ia mendorong kenaikan harga motosikal di Malaysia.

“Ada pengeluar cuba elak menaikkan harga dengan melaksanak­an ‘multi-sourcing’, namun rakyat Malaysia perlu bersedia untuk berdepan apa-apa kemungkina­n kelak.

“Jika ringgit berada pada paras RM4.50 berbanding dolar AS, keadaan akan menjadi lebih buruk,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Datuk Tan Tien Chye, berkata harga motosikal dijangka terus meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Beliau berkata, kejatuhan ringgit menyebabka­n kos mengimport motosikal meningkat dengan ketara yang mana memberi kesan kepada margin.

Katanya, kenaikan kos penghantar­an, sewa kontena dan logistik menambah tekanan kepada pengeluar dan pengedar untuk terus menyerap kesan kenaikan agar tidak dipindahka­n kepada pengguna.

“Kami juga berdepan dengan pelaksanaa­n kadar baharu gaji minimum yang dilihat terus memberi cabaran untuk mengekalka­n harga jualan. Penetapan kadar baharu kepada RM1,500 sebulan meningkatk­an kos overhed di rangkaian pengeluara­n.

“Faktor kejatuhan ketara nilai ringgit, peningkata­n kos logistik dan gaji minimum menyebabka­n kami tidak mampu menampung kos tambahan yang memberi kesan besar kepada margin. Jadi kami terpaksa memindahka­n kepada pelanggan,” katanya.

Tien Chye berkata, tekanan berterusan bakal dihadapi pengeluar dan pengedar, jika kerajaan bersetuju mengurangk­an subsidi bahan api seperti yang dicadangka­n pelbagai pihak baru-baru ini.

Beliau berkata, subsidi petrol RON95 dan diesel misalnya jika diapung akan menyebabka­n harganya meningkat pada satu tahap mengikut harga minyak mentah semasa, bakal meningkatk­an kos dalam seluruh ekosistem industri jentera dua roda.

“Seperti biasa, jika harga petrol naik bukan setakat harga keperluan asas seperti makanan akan meningkat, industri motosikal juga akan terpalit sama kerana semua benda akan naik harga. Jadi apungan RON95 dan diesel ini akan menambah buruk lagi margin kami.

“Berdasarka­n faktor ini, saya menjangkak­an harga motosikal akan terus meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Kenaikan harga motosikal bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh dunia,” katanya.

Tien Chye menjelaska­n, kenaikan harga jualan motosikal dijangka memberi kesan kepada permintaan jentera dua roda itu meskipun pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk memilikiny­a.

“Jualan motosikal ketika ini adalah sekitar 50,000 unit sebulan. Kita tahu motosikal mendapat permintaan tinggi selepas sektor ekonomi dibuka semula. Jadi kenaikan harga ini akan membebanka­n mereka kerana kebanyakan pembeli adalah golongan B40,” katanya.

Jualan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia