Berita Harian

Pelabur asing kembali ke pasaran

-

Kelonggara­n sekatan COVID-19 pacu bursa tempatan

Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu ini disokong oleh kembalinya semula pelabur global ke dalam pasaran susulan kelonggara­n sekatan COVID-19 di seluruh dunia, kata seorang penganalis­is.

Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-pacific Asset Management Sdn Bhd, Datuk Nazri

Khan, berkata beberapa pengurus dana antarabang­sa mempertaru­hkan bahawa keadaan sukar sudah berakhir.

Beliau berkata pelabur global kembali semula ke pasaran Asia selepas penjualan besar-besaran awal tahun ini susulan petanda kelonggara­n sekatan COVID-19 di seluruh dunia, implikasi geopolitik konflik Rusia-ukraine yang semakin mereda dan kesan kecil daripada tindakan tegas pengawalse­liaan.

“Kami percaya keadaan sukar mungkin sudah berakhir bagi pasaran ekuiti dan ia adalah petanda baik untuk melabur bagi asas khusus kerana Bursa Malaysia turun hampir 10 peratus dalam tempoh enam bulan lalu, manakala saham Amerika Syarikat (AS) turun lebih daripada 30 peratus dalam tempoh enam bulan.

“Kita boleh katakan bahawa saham global mencatatka­n kenaikan kukuh meskipun persekitar­an luar yang negatif,” katanya.

FBM KLCI ditutup rendah pada Jumaat selepas sesi dagangan yang tidak menentu dengan indeks utama itu ditutup pada 1,537.83, turun 12.07 mata atau 0.77 peratus.

Bagaimanap­un, suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 494 berbanding 366.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, bursa tempatan diniagakan bercampur-campur di tengahteng­ah prestasi kukuh di pasaran serantau dan sentimen berhati-hati di Wall Street.

Bagi asas mingguan, FBM KLCI susut 8.94 mata untuk ditutup pada minggu yang baru berakhir ini pada 1,537.82 daripada 1,546.76 pada minggu sebelumnya.

Di papan indeks, Indeks FBMT100 berkuranga­n 4.95 mata kepada 10,702.73, Indeks FBM Emas Shariah turun 27.40 mata kepada 11,364.49, Indeks FBM Emas meningkat 1.82 mata kepada 11,012.94, FBM ACE melonjak 125.25 mata kepada 5,271.95, dan FBM 70 mengukuh 225.63 mata kepada 13,324.19.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n turun 98.09 mata kepada 7,911.63, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian meningkat 0.36 mata kepada 199.77 dan Indeks Tenaga susut sebanyak 3.09 mata kepada 810.81.

Indeks Perkhidmat­an Kewangan jatuh 25.62 mata kepada 16,618.79, Indeks Penjagaan Kesihatan susut 48.42 mata kepada

Sunvin Group di Mumbai, Anilkumar Bagani, berkata minggu ini khususnya pada 10 Jun adalah sangat penting, yang mana Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan mengeluark­an datanya.

“Destinasi ini kebanyakan­nya lengang pada minggu ini (minggu lalu) selain daripada China dan minggu hadapan (minggu ini) juga, harga minyak sawit perlu ditawarkan secara kompetitif bagi menarik pembelian baharu.

“Kami menjangkak­an niaga hadapan MSM akan didagangka­n dalam jajaran yang lebih lebar iaitu RM6,200 hingga RM6,700 satu tan pada minggu hadapan (minggu ini), bergantung kepada prestasi pasaran minyak kacang soya,” katanya kepada Bernama.

Niaga hadapan MSM ditutup pada hari terakhir minggu lalu lebih rendah pada nota berhatihat­i menjelang cuti umum di Malaysia esok.

“Pasaran minyak sawit dilanda keadaan yang agak bergelora susulan dasar eksport minyak sawit Indonesia, peruntukan permit eksport yang lebih perlahan daripada keperluan, masalah ketiadaan buruh asing di Malaysia termasuk krisis Russia-ukraine yang berpanjang­an,” tambahnya.

Sementara itu, peniaga minyak sawit tempatan, David Ng, berkata niaga hadapan MSM dijangka didagangka­n dengan kecenderun­gan untuk naik disebabkan pengukuhan harga mi1,878.70 dan Indeks Teknologi naik 3.26 mata kepada 69.71.

Jumlah dagangan mingguan turun sedikit kepada 14.14 bilion unit bernilai RM13.99 bilion berbanding 15.03 bilion unit bernilai RM9.77 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 10.53 bilion saham bernilai RM13.14 bilion daripada 9.99 bilion saham bernilai RM8.63 bilion.

Jumlah dagangan waran susut kepada 1.55 bilion unit bernilai RM288.17 juta berbanding 1.96 bilion unit bernilai RM385.97 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkuranga­n kepada 2.05 bilion saham bernilai RM556.59 juta daripada 2.91 bilion saham bernilai RM745.96 juta pada minggu sebelumnya. BERNAMA nyak mentah dan asas yang lebih baik dalam memberikan sokongan kepada harga.

“Saya percaya asas-asas adalah mantap pada minggu akan datang terutamany­a pada jangkaan output yang lebih lemah dan inventori yang telah menyusut.

“Kami meramalkan harga akan diniagakan antara RM6,200 hingga RM6,700 pada minggu berkenaan,” katanya. BERNAMA

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia