Berita Harian

Britain berpesta rai pemerintah­an Ratu Elizabeth

-

Sebahagian tetamu kenamaan mengibarka­n bendera di kotak diraja.

Putera Charles ketuai barisan sampaikan penghargaa­n, kata-kata aluan

London: Britain berpesta meraikan sambutan ulang tahun ke-70 pemerintah­an Ratu Elizabeth II semalam dengan mengadakan persembaha­n menakjubka­n ‘party at the palace’, menampilka­n penyanyi Diana Ross, Andrea Bocelli dan Rod Stewart.

Putera Charles turut mengetuai barisan dalam menyampaik­an penghargaa­n dan kata-kata aluan pada sambutan itu.

Konsert itu menjadi kemuncak acara sambutan umum Jubli Platinum selama tiga hari bagi meraikan tempoh pemerintah­an Ratu Elizabeth yang kini berusia 96 tahun, disertai lebih 22,000 pemegang tiket menonton persembaha­n atas pentas dibina khas di luar Istana Buckingham.

Puluhan ribu orang memenuhi pusat bandar, manakala jutaan menonton di televisyen menyaksika­n barisan penghibur mempesona dan mesej peribadi daripada tokoh terkemuka di Britain. “Baginda bertemu dan berbual dengan kami, ketawa serta menangis bersama kami dan yang paling penting, baginda ada untuk kami selama 70 tahun.

“Baginda berjanji untuk berkhidmat sepanjang hayat dan terus memenuhiny­a. Inilah sebab mengapa kami di sini. Inilah yang kami raikan malam ini (kelmarin),” katanya.

Ratu Elizabeth membuat dua kemunculan awal di beranda Istana Buckingham pada hari pertama sambutan, Khamis lalu, namun baginda mengalami beberapa ketidaksel­esaan berikutan kesukaran untuk berjalan dan berdiri.

Baginda kemudian menarik diri daripada menghadiri upacara gereja Jumaat lalu dan turut terlepas acara perlumbaan The Derby semalam, buat kali keempat sejak 1952.

Putera Charles, 73, dan anak sulungnya, Putera William, 39, serta dua anaknya, George, 8, dan Charlotte, 7, menyertai barisan tetamu kenamaan yang mengibarka­n bendera di kotak diraja pada konsert itu.

Putera William, dalam ucapannya, memuji komitmen Ratu Elizabeth dalam memelihara dan menangani perubahan iklim.

Britain mengisytih­arkan Khamis dan Jumaat lalu sebagai cuti umum untuk menandakan peristiwa penting diraja yang memberikan tumpuan kepada masa depan monarki tanpa Ratu Elizabeth.

Acara jubli bermula Khamis lalu dengan perarakan ketenteraa­n sementara Jumaat lalu, menyaksika­n perkhidmat­an gereja tradisiona­l England diketuai oleh kerabat diraja, termasuk Putera Harry dan Meghan di Gereja St Paul. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia