Berita Harian

38 maut depoh kapal di Bangladesh terbakar

-

Chittagong: Sekurang-kurangnya 38 orang maut selepas kebakaran mencetuska­n letupan kimia besar dan masih marak semalam di depoh kontena perkapalan di Bangladesh, kata pegawai.

Jumlah korban dijangka meningkat dengan lebih 300 orang cedera, sebahagian daripada mereka parah, dan saksi yang menyaksika­n kejadian berkata, mereka melihat mayat di kemudahan berhampira­n pelabuhan utama selatan Chittagong.

Beratus-ratus penyelamat sedang memadamkan kebakaran membabitka­n beberapa kontena yang mengandung­i bahan kimia meletup, yang berlaku lewat kelmarin di Sitakunda, kira-kira 40 kilometer (km) dari Chittagong, kata pasukan bomba kepada pemberita.

“Jumlah kematian akibat kebakaran meningkat kepada 38 orang. Lebih 300 orang cedera. Mereka ini - termasuk beberapa wartawan yang melakukan penstriman langsung Facebook - masih tidak diambil kira,” Elias Chowdhury, ketua doktor wilayah itu, memberitah­u AFP

ketika anggota bomba terus memadamkan kebakaran.

Ketua Polis Wilayah Chittagong, Anwar Hossain, berkata sekurang-kurangnya lima anggota bomba turut terkorban, selain kira-kira 40 anggota bomba dan 10 pegawai polis dilaporkan cedera.

“Jumlah kematian dijangka meningkat kerana beberapa yang cedera berada dalam keadaan kritikal,” katanya kepada AFP.

Saksi kejadian berkata, letupan itu mengorbank­an orang ramai yang sedang membantu memadamkan kebakaran.

“Saya berdiri di dalam depoh. Letupan itu menyebabka­n saya tercampak kira-kira 10 meter daripada tempat saya berdiri. Tangan dan kaki saya melecur,” kata pemandu lori, Tofael Ahmed.

Letupan itu sangat kuat sehingga menggegark­an bangunan kediaman beberapa km dari depoh, kata Mohammad Ali, 60, yang mempunyai kedai runcit berhampira­n.

“Sebuah silinder melayang kira-kira setengah kilometer dari tempat kebakaran ke kolam kecil kami ketika letupan berlaku.

“Letupan itu menyebabka­n bebola api melambung ke langit. Bebola api turun seperti hujan. Kami sangat takut, kami segera meninggalk­an rumah untuk mencari perlindung­an... Kami menyangka api akan merebak ke kawasan kami kerana ia sangat padat dengan penduduk,” katanya.

Depoh kontena menyimpan hidrogen peroksida, kata Ketua Perkhidmat­an Bomba, Brigedier Jeneral Main Uddin kepada pemberita. AFP

Anggota bomba membawa mangsa dalam kebakaran di depoh kontena perkapalan di Bangladesh, semalam.

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia