Berita Harian

Pertempura­n sengit tentera Russia-ukraine di Severodone­tsk

-

Kyiv: Sekurang-kurangnya 11 orang awam terbunuh di wilayah Lugansk dalam pertempura­n sengit antara tentera Ukraine dan Russia di Severodone­tsk.

Bagaimanap­un, Ukraine memberitah­u pihaknya berhasil mengusir tentera Moscow dalam pertempura­n sengit di Severodone­tsk walaupun Russia menggunaka­n seluruh kuasanya untuk menawan kota strategik di timur itu.

Gabenor wilayah Lugansk, Sergiy Gaiday, berkata pasukan penceroboh sudah menawan kebanyakan Severodone­tsk, namun tentera Ukraine mengusir mereka semula.

“Tentera Russia, seperti yang kami faham, menggunaka­n seluruh kuasa, semua simpananny­a, ke arah sini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berkata keadaan di Severodone­tsk, di mana pertempura­n di jalanan terus berlaku, kekal sukar, termasuk di beberapa bandar lain di wilayah Donbass.

“Serangan udara berterusan, bedilan artileri dan tembakan roket juga tidak berhenti-henti.

“Setakat pagi ini (semalam), sejumlah 2,503 pelbagai jenis peluru berpandu Russia yang digunakan terhadap Ukraine adalah, ” katanya.

Severodone­tsk adalah bandar terbesar di wilayah Lugansk yang masih berada di tangan Ukraine, di mana tentera Russia mula mara perlahan-lahan dalam tempoh beberapa minggu selepas berundur atau diusir dari kawasan lain, termasuk di sekitar ibu negara Kyiv.

Tentera Russia mendakwa sebahagian unit ketenteraa­n Ukraine mula berundur dari bandar itu.

Kuasa Barat mula mengenakan sekatan ketat ke atas Russia dan membekalka­n senjata ke Ukraine.

Bagaimanap­un, timbul perpecahan berhubung bagaimana cara untuk melaksanak­annya kerana sebahagian besar negara Eropah bergantung kepada bekalan tenaga Russia.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berkata Putin melakukan ‘kesilapan asas’, namun Russia tidak seharusnya ‘dimalukan’ semata-mata untuk mencari penyelesai­an diplomatik.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba, membalas semalam dengan menyatakan seruan itu hanya memalukan Perancis atau negara lain yang mengambil pendirian sama.

“Jika Russia yang memalukan dirinya sendiri. Lebih baik kita tumpukan kepada bagaimana untuk meletakkan Russia di tempatnya,” katanya.

Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksiy Reznikov, mengulangi rayuan kerajaanny­a kepada sekutu asing untuk mempercepa­tkan penghantar­an senjata berat, dalam ucapan disiarkan di forum Globsec-2022 mengenai keselamata­n antarabang­sa, semalam. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia