Berita Harian

Korea Utara disyaki lancar 8 peluru berpandu balistik

-

Orang ramai di sebuah stesen kereta api di Seoul, Korea Selatan menonton berita mengenai ujian peluru berpandu balistik terbaru Korea Utara.

Pyongyang tingkat program senjata walaupun berdepan sekatan ketat ekonomi

Seoul: Korea Utara melancarka­n sekurang-kurangnya lapan peluru berpandu balistik ke perairan pantai timurnya, semalam.

Perkara itu dimaklumka­n tentera Korea Selatan selepas Seoul dan Washington mengadakan latihan bersama yang pertama membabitka­n pesawat pengangkut Amerika Syarikat (AS), selepas lebih empat tahun.

Pyongyang meningkatk­an dua kali ganda program senjatanya tahun ini, walaupun berdepan sekatan ekonomi yang semakin ketat sehingga melumpuhka­n.

Ketua Turus Bersama Seoul, berkata Korea Utara melancarka­n peluru berpandu balistik yang tidak dikenal pasti ke dalam Laut Timur, merujuk kepada Laut Jepun.

Pengawal pantai Jepun, yang memetik Kementeria­n Pertahanan, berkata ‘kemungkina­n peluru berpandu balistik dilancarka­n dari Korea Utara’.

Pelancaran itu dilakukan selepas Korea Selatan dan AS menamatkan latihan tiga hari berskala besar membabitka­n USS Ronald Reagan, pesawat pengangkut berkuasa nuklear 100,000 tan.

Ia adalah latihan ketenteraa­n sekutu bersama sejak Presiden

Korea Selatan, Yoon Suk-yeol, yang memegang jawatan bulan lalu dan latihan bersama pertama membabitka­n pesawat pengangkut sejak November 2017.

Pyongyang sudah lama membantah latihan ketenteraa­n bersama Seoul dan Washington serta menyifatka­n latihan itu sebagai cubaan untuk menceroboh.

“Latihan itu menyatukan tekad dua negara untuk bertindak tegas terhadap sebarang ancaman Korea Utara, sambil menunjukka­n komitmen AS untuk menyediaka­n pencegahan meluas,” katanya.

Bulan lalu, ketika sidang kemuncak bersama Suk-yeol, Presiden Joe Biden, berkata akan menghantar aset strategik sekiranya perlu untuk mencegah Korea Utara daripada terus melakukan ujian peluru berpandu. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia