Berita Harian

Jerman tanggung kos tambahan €5 bilion setahun untuk gas

-

Asap berkepul di bandar Severodone­tsk ketika pertempura­n sengit tentera Ukraine dan Rusia di wilayah timur Ukraine Donbas, 30 Mei lalu.

Berlin: Sekatan Russia terhadap Gazprom Germania dan anak syarikatny­a boleh menyebabka­n pembayar cukai di Jerman menanggung kos tambahan €5 bilion (RM23.5 bilion) setahun bagi bekalan gas.

Tindakan terbabit memaksa Jerman mendapatka­n bekalan gas di pasaran terbuka, lapor akhbar mingguan Jerman, Welt am Sonntag, yang memetik sumber industri.

Mei lalu, Russia memutuskan untuk menghentik­an bekalan kepada Gazprom Germania, anak syarikat Gazprom di Jerman, selepas Berlin meletakkan syarikat itu di bawah pengurusan pemegang amanah selepas Russia menceroboh Ukraine.

Sejak itu, penyelia tenaga, Bundesnetz­agentur, yang bertugas sebagai pemegang amanah, terpaksa membeli bekalan ganti gas di pasaran terbuka bagi memenuhi kontrak dengan kerajaan tempatan di Jerman dan pembekal serantau.

Welt am Sonntag melaporkan,

Menteri Ekonomi, Robert Habeck, mengunjurk­an tambahan 10 juta kubik meter padu gas diperlukan setiap hari, pada harga sekitar €3.5 billion (RM16.5 bilion) setahun.

Kos tambahan adalah untuk proses mengisi fasiliti penyimpana­n gas asli Rehden, yang sudah diarahkan oleh Habeck Rabu lalu.

Akhbar berkenaan juga berkata kos tambahan akan dikongsika­n dengan pembekal tenaga dan pengguna dalam bentuk levi gas bermula Oktober ini.

Kementeria­n Tenaga enggan mengulas mengenai penambahan kos itu dan Welt am Sonntag berkata soalan melalui e-mel juga tidak dibalas. REUTERS

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia