Berita Harian

Akademi Filem FINAS

- Oleh Rafiqah Dahali

Lahir generasi pelapis berilmu, bawa karya ke peringkat global bhnews@bh.com.my

Kayu pengukur kejayaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bukan cuma dinilai dari segi jumlah penerbitan, mahupun kutipan filem di pawagam.

Namun, FINAS menjadi nadi penggerak industri perfileman negara dalam era globalisas­i ketika pasaran filem semakin terbuka luas, saingan teknologi dan memulakan langkah agresif dengan menyertai pelbagai festival filem antarabang­sa bagi melihat filem tempatan berdaya saing dengan karya global.

Sejak wujudnya FINAS selama 41 tahun, impak industri perfileman negara menyaksika­n dunia filem di Malaysia menjadi perhatian ramai sehingga begitu banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta menyediaka­n kursus berkaitan perfileman demi melahirkan lebih ramai pelapis dalam bidang pembikinan filem, selain membangunk­an industri kreatif tempatan.

Dahulu, hanya FINAS menyediaka­n kursus perfileman menerusi Akademi Filem FINAS yang mula beroperasi pada 1 Disember 1987, namun kini pengajian filem sudah menjadi satu cabang silibus yang mendapat perhatian generasi baharu dalam menerokai ilmu perfileman.

Ibarat melentur buluh biarlah daripada rebungnya, FINAS terus memperheba­tkan langkah dengan menjalinka­n kerjasama strategik bersama Yayasan Sabah dalam usaha melahirkan generasi baharu yang berilmu dan memangkin industri perfileman negara menerusi penubuhan Akademi Filem FINAS di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, berkata ia adalah perancanga­n jangka panjang dan kerjasama akan bermula Julai depan.

Md Nasir menyifatka­n, pertemuan dengan Yayasan Sabah satu langkah positif dalam memacu industri perfileman negara.

Katanya, menerusi sesi perbincang­an itu, FINAS akan menggunaka­n kemudahan premis, tenaga kerja pentadbira­n dan peralatan yang dimiliki University College Sabah Foundation (UCSF) di bawah kendalian Yayasan Sabah dalam melaksanak­an kursus berkaitan perfileman.

Berikutan itu, katanya, sesi saringan perolehan (pitching) sudah dijalankan dengan menyenarai pendek syarikat dan persatuan yang bertanggun­gjawab melaksanak­an kursus perfileman di Ya

Md Nasir (dua dari kanan) pada perbincang­an dengan Yayasan Sabah dalam usaha melahirkan pelapis generasi baharu dengan penubuhan Akademi Filem FINAS di Menara Tun Mustapha, Kompleks Yayasan Sabah, Teluk Likas,

Kota Kinabalu, Jumaat lalu.

yasan Sabah.

“Mengikut perancanga­n, kerjasama ini akan bermula pada Julai depan. Dengan prasarana disediakan Yayasan Sabah dan UCSF, kami akan berbincang mengenai penyelaras­an.

“Sebelum kursus dilaksanak­an, FINAS perlu tahu mengenai kursus apa yang hendak ditawarkan, bagaimana pelaksanaa­nnya dan apakah hasil yang diperoleh.

“Jadi, FINAS mahu kursus dilaksanak­an berguna dan bermanfaat dalam tempoh berpanjang­an.

“Sebolehnya, FINAS mahu mengelakka­n pembaziran dengan melakukan sesuatu tanpa perancanga­n yang betul,” katanya yang ditemui HIP pada lawatan ke Yayasan Sabah di Menara Tun Mustapha, Kompleks Yayasan Sabah, Teluk Likas, Kota Kinabalu,

Jumaat lalu.

Md Nasir percaya pelaksanaa­nnya akan pincang dan tidak bermanfaat seperti diharapkan jika tiada perancanga­n.

“FINAS akan melantik ahli akademik dan penggiat industri perfileman berpengala­man demi membangunk­an satu modul sebagai panduan dalam usaha melahirkan pelapis generasi baharu bidang perfileman,” katanya.

Mengulas pemilihan Yayasan Sabah bagi menjalin kerjasama strategik, Md Nasir menjelaska­n, Yayasan Sabah terlebih dahulu menawarkan diri untuk terbabit dalam usaha berkenaan.

“Yayasan Sabah menawarkan diri apabila mengetahui FINAS mempunyai perancanga­n menubuhkan Akademi Filem FINAS di Sabah.

“Jadi, perbincang­an saya dengan Yayasan Sabah lebih fokus kepada kursus jangka pendek dan praktikal agar ilmu yang dicurahkan bermanfaat untuk masa depan industri perfileman.

“Yayasan Sabah mempunyai banyak aset yang boleh dikongsi. Ia adalah satu peluang di mana FINAS tidak perlu membina bangunan, prasarana, pentadbira­n dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama strategik itu dapat menjimatka­n masa dan lebih fokus dalam penyediaan modul dan program untuk kursus perfileman.

“Semua aspek penting dalam penghasila­n filem akan diajar seperti pengarahan, penulisan skrip, penggunaan dron untuk filem, solekan kesan khas dan kerja di sebalik tabir,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia