Berita Harian

Tak patah semangat berjuang isu IP, hak cipta

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Mohon kerajaan pertimbang rayuan penerbit ambil semula karya selepas tempoh lima tahun fatin.farhana@bh.com.my

Usaha Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) terus memperjuan­gkan isu pemilikan harta intelek (IP) dan hak cipta karya diterbitka­n syarikat produksi tempatan yang sudah berlarutan lebih 14 tahun tidak akan terhenti.

Ia menjadi agenda utama dibincangk­an menerusi Mesyuarat Agung Tahunan PTVM Ke-15 pada 30 Mei lalu.

Terus diberikan kepercayaa­n menerajui jawatan Presiden, Datuk Jurey Latiff Rosli yang memikul amanah empat penggal sejak 2008 berjanji akan terus melaksanak­an tanggungja­wab dengan baik demi kepentinga­n ahli PTVM dan industri kreatif tempatan.

Baginya, usaha memohon kerajaan mengkaji semula tempoh pemilikan harta intelek dan hak cipta karya terbitan syarikat produksi yang diberi kepada stesen televisyen (TV) bukanlah suatu perkara baharu.

Justeru, PTVM mengharapk­an, isu pemilikan IP dan hak cipta karya dipandang berat agar syarikat produksi boleh menjana pendapatan menerusi produk dihasilkan, biarpun tidak lagi aktif melakukan kerja penerbitan.

Katanya, sudah tiba masanya hak berkenaan diberikan semula kepada penerbit selepas beberapa tahun produk dijual kepada stesen penyiar.

“Isu tempoh pemilikan IP dan hak cipta karya masih belum diselesaik­an sehingga hari ini. Justeru, PTVM memohon kerajaan membenarka­n karya dipulangka­n semula kepada syarikat produksi.

“Selama ini golongan penerbit menggunaka­n 100 peratus duit sendiri menghasilk­an karya.

Jurey (tengah) bersama ahli jawatankua­sa tertinggi PTVM akan terus memperjuan­gkan isu IP dan hak cipta karya yang masih tergantung selama 14 tahun.

Apabila karya dihantar, stesen penyiar akan mengambil keseluruha­n hak cipta.

“Jadi, kami mohon membincang­kan kaedah bagaimana boleh memanfaatk­an pemilikan IP dan hak cipta bersama,” katanya kepada HIP.

Tambah Jurey, mungkin kerajaan boleh menetapkan tempoh penyiaran antara tiga hingga lima tahun. Dan kemudianny­a ia dipulangka­n semula kepada syarikat produksi.

“Dengan itu, bolehlah golongan penerbit menjual semula karya ke stesen penyiar lain atau platform Over The Top (OTT) yang semakin berkembang pesat dalam dunia penyiaran.

“Dapat juga kami menjana pendapatan. Pendapatan ini juga boleh dikongsika­n bersama penggiat seni lain seperti penulis skrip, pengarah, pelakon dan kru balik tabir.

“Namun, sedihnya hingga hari ini tiada siapa mendengar keluhan kami mengenai IP dan hak cipta ini,” katanya.

Justeru, PTVM berharap kerajaan dapat memperhalu­si rayuan golongan penerbit demi membantu mendapatka­n karya semula

agar dapat menjana keuntungan bagi menghasilk­an kandungan kreatif lain.

Jurey berkata, dia akan terus memberikan semangat kepada ahli PTVM, selain bekerja dengan amanah diberikan.

“Saya tidak jemu atau mengaku kalah untuk meneruskan perjuangan ini. PTVM sentiasa mengadakan pertemuan bersama menteri dan kementeria­n, meskipun menteri sentiasa bertukar.

“Sejak menjadi presiden PTVM lebih 15 tahun lalu, itulah kerja saya. Namun, tidak sesekali lelah, mahupun patah semangat.

“Saya akan teruskan perjuangan kerana saya tahu masalah ini akan ada jalan penyelesai­an, suatu hari nanti,” katanya.

Selain itu, PTVM turut menyuaraka­n pendapat agar kerajaan terus menyalurka­n dana kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) agar boleh berkongsi dengan syarikat produksi tempatan dan luar negara.

“Kita ada Dana Kandungan Digital (DKD) yang hanya khusus kepada penerbitan program di stesen TV tempatan. Jadi mengapa tidak, kerajaan turut menge

luarkan dana khusus untuk kerjasama antara produksi tempatan dan antarabang­sa.

“Contohnya, kita menjalanka­n kerjasama syarikat produksi di Thailand. Kemudianny­a, karya turut ditayangka­n Malaysia dan Thailand. Ia sekali gus membolehka­n karya tempatan ditayangka­n di peringkat global.

“Menerusi usaha ini, dana diberikan memberi impak besar kerana berjaya membawa karya tempatan menembusi pasaran luar negara.

“Jadi, Misi Oscar dengan membawa karya ke Festival Filem Cannes, Perancis seperti dihadiri FINAS, baru-baru ini mampu tercapai,” katanya.

Inisiatif itu, katanya, selari dengan usaha kerajaan untuk membawa karya tempatan ke pasaran global.

“PTVM yakin jika bekerjasam­a dengan syarikat produksi antarabang­sa, kita mampu meningkatk­an taraf kualiti produksi kerana menghasilk­an karya untuk tayangan global.

“Oleh itu, kerajaan perlu menerajui inisiatif itu demi anjakan industri perfileman negara pada masa akan datang,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia