Berita Harian

Molek FM terima pengiktira­fan

- Di sebalik

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (tengah) menyampaik­an trofi Excellence In Media Communicat­ion kepada Muhammad Shahrir, di Kota Bharu, baru-baru ini.

gelombang pandemik COVID-19, stesen baharu Media Prima Audio (MPA) iaitu Molek FM terus berkembang dalam mengukuhka­n kedudukan dan bergerak pantas seiring kehendak pasaran serta pendengar di Pantai Timur.

Mula beroperasi Januari lalu, usaha penyampai Molek FM sentiasa memberikan persembaha­n terbaik kepada pendengar memahat kenangan manis.

Molek FM dianugerah­kan trofi Excellence In Media Communicat­ion bagi kategori radio menerusi Anugerah Perniagaan Keusahawan­an Kelantan 2022 yang berlangsun­g di Kota Bharu, Kelantan pada 31 Mei lalu.

Pengurus Kandungan Molek FM, Muhammad Shahrir Ainudin, bersyukur stesen yang baru beroperasi kira-kira empat bulan itu mencipta sejarah apabila memenangi trofi Excellence In Media Communicat­ion.

“Molek FM mula bersiaran pada pertengaha­n Januari lalu. Setakat ini, sambutan pendengar Pantai Timur amat positif dan memberangs­angkan.

“Saya mewakili pengurusan Molek FM dan barisan penyampai Molek FM iaitu Mek Zura, Fizie Roslan, Kamilia, DJ Nazz, Mat Dan dan Kai Hassan bersyukur atas penghargaa­n ini.

“Ia adalah satu pencapaian baik buat stesen radio Molek FM. Penghargaa­n ini juga menyuntik semangat dalam mempersemb­ahkan lebih banyak kandungan dan pengisian menarik pada masa akan datang,” katanya.

Muhammad Shahrir berkata, setinggi penghargaa­n buat Gu Kito yang sentiasa menyokong Molek FM.

“Diharap stesen radio Molek

FM terus menjadi peneman setia pendengar setiap masa dan di mana sahaja berada,” katanya.

Molek FM pula boleh didengari menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu.

Secara alternatif, pendengar juga boleh mendengar Molek FM secara live streaming di www. molekfm.audio dan Youtube Molek TV.

Untuk mengetahui pelbagai info lanjut mengenai Molek FM, boleh mengikuti laman sosial Molek FM di Facebook (Molekfm), Instagram (@molekfm), Tiktok (@molekfm) dan Twitter (@Molekfm) atau aplikasi Whatsapp 019-3365656.

Dengarkan juga Molek FM menerusi aplikasi Audio+ yang boleh dimuat turun menerusi Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia