Berita Harian

Penat punca tersungkur

-

Liga Negara-negara UEFA

Budapest: Pengendali England Gareth Southgate menyalahka­n keletihan akibat musim yang panjang sebagai punca kekalahan pertama The Three Lions di tangan Hungary dalam tempoh 60 tahun, semalam.

Hungary menang 1-0 di Budapest apabila Dominik Szoboszlai meledak gol tunggal permainan menerusi sepakan penalti dalam aksi Liga Negara-negara UEFA kemenangan pertama mereka ke atas England sejak 1962.

Kekalahan menerusi penentuan penalti di tangan Itali ketika final Euro 2020 adalah satu-satunya kekalahan skuad kendalian Southgate dalam 22 perlawanan sebelum itu.

Bagaimanap­un skuad England gagal mengancam kubu tuan rumah, yang mendapat sokongan padu 30,000 penyokong terdiri daripada kanak-kanak sekolah.

“Mereka amat kecewa kerana kami mahu terus memenangi perlawanan. Jika kami mahu menjadi pasukan teratas dalam bola sepak, kami perlu datang ke

Terbuka Perancis

Pemain tengah England, Jude Bellingham mengasak penjaga gol Hungary, Peter Gulacsi pada aksi Liga Negara-negara UEFA di Puskas Arena, semalam.

sini dan menang.

“Musim yang panjang menyebabka­n pemain keletihan,” kata Southgate.

Hungary terpaksa bermain tanpa penonton akibat tingkah laku sebahagian penyokong mereka ketika perlawanan di laman sendiri pada Euro 2020.

Bagaimanap­un peraturan

UEFA membolehka­n kanakkanak bawah usia 14 tahun diberi tiket percuma dengan syarat tertentu dan Persatuan Bolasepak Hungary memanfaatk­an peraturan itu.

Skuad kendalian Southgate akan bertandang ke Jerman, Rabu ini sebelum melayan kunjungan Itali dan Hungary. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia