Berita Harian

Cools idam hadiah hari jadi

-

Kelayakan Piala Asia 2023

Cools tekad bantu skuad Harimau Malaya mara ke pusingan akhir Piala Asia.

Tonggak pertahanan skuad kebangsaan, Dion Cools menganggap hadiah hari lahir paling bermakna buat dirinya adalah jika Harimau Malaya berjaya layak ke pusingan akhir Piala Asia tahun depan.

Pemain kacukan Malaysiabe­lgium itu menyambut ulang tahun kelahirann­ya yang ke-26 kelmarin dan berharap dapat memberi sumbangan lebih besar kepada pasukan negara.

Selain itu, Cools mengakui perlu bekerja keras untuk memastikan tempat dalam kesebelasa­n utama Harimau Malaya terus menjadi miliknya.

“Saya boleh bermain di banyak posisi, jurulatih juga banyak membantu saya di belakang. Jadi saya hanya harap dapat menjalanka­n tugas dengan baik di atas padang.

“Jurulatih memberi peranan yang besar kepada saya, tapi semua orang akan bersaing untuk mendapat tempat dalam skuad. Jika anda memberi persembaha­n yang baik, anda tidak perlu risau dengan kedudukan dalam pasukan,” katanya.

Cools dilihat menjadi pemain penting buat ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon apabila dia diletakkan dalam skuad utama ketika aksi persahabat­an berdepan Brunei dan Hong Kong, sebelum ini.

Harimau Malaya akan membuka kempen kelayakan Piala Asia 2023 dalam Kumpulan E berdepan Turkmenist­an, Rabu ini sebelum menentang Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) dengan semua perlawanan berlangsun­g di Stadium Nasional,

Bukit Jalil.

Selain itu, Cools turut mengakui aksi di Piala AFF sebelum ini memberi pengajaran buat dirinya untuk tampil dengan prestasi lebih baik bersama Harimau Malaya.

“Saya terlalu memaksa diri ketika itu dan melakukan beberapa kesilapan. Sebagai seorang pemain senior dalam pasukan, saya seharusnya menunjukka­n contoh.

“Saya tidak mahu perkara seperti itu berlaku lagi pada masa akan datang. Ia memberikan pengajaran yang bagus kepada saya dan berharap saya dapat menyumbang­kan sebaik mungkin kepada pasukan,” katanya.

 ?? (Foto ihsan FB FAM) ??
(Foto ihsan FB FAM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia