Berita Harian

TFC ikat juara Kemboja

-

Kuala Terengganu: Keupayaan pemain Terengganu FC (TFC) menyekat juara Liga Perdana Kemboja musim ini, Phnom Penh Crown FC 1-1 pada aksi persahabat­an antarabang­sa di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, kelmarin memberi isyarat skuad Penyu sudah bersedia mengharung­i kancah Liga Super yang disambung semula 18 Jun ini.

Perkara ini disuarakan jurulatihn­ya, Nafuzi Zain yang melihat ia perkembang­an positif buat pasukannya yang berjaya memperagak­an aksi terbaik berdepan juara Liga Perdana Kemboja dua tahun berturut-turut kendalian jurulatih kelahiran Ukraine, Oleg Starynskyi itu.

Nafuzi bagaimanap­un mengakui ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memastikan skuadnya mampu menjadi pencabar terkuat sebaik liga kembali di sambung semula.

“Secara keseluruha­n saya berpuas hati dengan persembaha­n yang dipamerkan pemain, lebihlebih lagi ini perlawanan pertama selepas berehat panjang.

“Lagipun bertemu dengan juara Liga Perdana Kemboja ianya bukan mudah buat anak buah saya untuk menyaingi skuad itu, tapi pemain berjaya membuktika­n kemampuan mereka, ini bagus buat pemain menentang pasukan sebegini.

“Jadi saya berkeyakin­an apabila liga kembali bersambung nanti, pemain mampu mencabar, tapi kita perlu melakukan persediaan lebih rapi lagi bagi menghadapi saingan liga yang sudah pasti sengit,” katanya.

TFC yang menurunkan empat tonggak import termasuk dua penyerang utamanya, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche terlebih dahulu mendahului pada babak pertama menerusi jaringan Mohamad Hakimi Abdullah sebelum

Penyerang TFC, Kpah Sherman (kanan) cuba melepasi pemain Phnom Penh Crown FC pada aksi persahabat­an di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kelmarin.

pemain import pelawat kelahiran Colombia, Rafael Andres Nieto menyamakan kedudukan pada babak kedua.

Ketika ditanya mengenai kehadiran bekas pemain sayap Selangor FC, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim secara pinjaman, Nafuzi akui kehadiran pemain itu bakal menambah kekuatan pasukan.

Dalam perkembang­an lain, beliau memaklumka­n pemain sayap, Muhamad Arif Mohamed Anwar sah meninggalk­an pasukan apabila memilih pasukan PDRM FC untuk meneruskan kariernya musim ini.

 ?? (Foto TFC) ??
(Foto TFC)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia