Berita Harian

Mike minta bantuan

- Oleh Sukhairi Thani

Peningkata­n harga makanan mentah buat jaguh bina badan runsing sukhairi@bh.com.my

Kuala Lumpur: Untuk memerlukan bentuk badan ideal, ia memerlukan perbelanja­an dalam RM4,000 sebulan dan perkara itu diakui sendiri oleh jaguh bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah.

Syarul atau lebih mesra disapa Mike berkata, perbelanja­an itu termasuk daripada sudut pemakanan tambahan serta makanan mentah yang umumnya tahu berdepan dengan lonjakan kenaikan harga ketika ini.

Justeru, juara dunia empat kali berturut-turut sejak 2016 dan pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi dalam acara ‘athletics physique’ baru-baru ini, amat berbesar hati seandainya ada pihak yang sudi menghulurk­an bantuan bagi meringanka­n perbelanja­annya demi mengharumk­an nama negara di pentas antarabang­sa.

“Buat masa ini tidak ada tajaan. Sekiranya ada penaja untuk makanan tambahan itu pun sudah bagus. Kalau diikutkan, semua (perbelanja­an) sekurangku­rangnya RM4,000 sebulan.

“Ini termasuk pemakanan tambahan serta makanan mentah seperti ikan salmon, daging yang harganya semakin meningkat selepas pandemik ini. Sebagai seorang atlet, saya perlu berkorban demi negara.

“Saya kena keluarkan wang sendiri memandangk­an ini adalah minat saya dan ingin mengharumk­an nama negara,” kata Mike yang meraih emas pertamanya di Hanoi selepas membuat kemunculan sulung di temasya dwitahunan itu.

Atlet berusia 49 tahun itu dijadual menyertai dua kejohanan utama tahun ini iaitu Kejohanan Asia di Maldives pada bulan depan dan Kejohanan Dunia yang bakal berlangsun­g di Thailand, hujung tahun ini.

“Semangat itu berada di tahap tertinggi tetapi disebabkan dua tahun Kejohanan Asia tidak dianjurkan (disebabkan pandemik), jadi kita tak tahu bagaimana tahap keupayaan lawan.

“Insya-allah sekiranya ada rezeki, saya akan melakukan yang terbaik dan dapatkan pingat emas,” kata Mike yang mempunyai misi untuk mempertaha­nkan gelaran diraihnya di India pada 2019. (Foto BERNAMA)

Rhaasrikan­esh memastikan Malaysia berjaya memenangi emas pada Sukan SEA Hanoi.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia