Berita Harian

Netizen mungkir janji, mula ganggu tugas Pan Gon

- Oleh Zulfaizan Mansor

Kelayakan Piala Asia 2023

zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Netizen dan peminat bola sepak Malaysia seakan 'mungkir janji' terhadap Kim Pan Gon apabila dilihat sudah mengacau tugas ketua jurulatih skuad kebangsaan itu.

Ia susulan ramai yang mengecam keputusan pengendali dari Korea

Selatan itu menyenarai­kan dua pemain naturalisa­si, Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh dalam skuad 23 pemain yang akan ke kempen kelayakan Piala Asia 2023.

Bekas pengendali skuad kebangsaan, B Sathianath­an menasihatk­an supaya Pan Gon tidak perlu ikut atau risau dengan kritikan yang dibuat oleh netizen di media sosial.

Malah, beliau menyifatka­n bahawa tugas ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan sebagai jawatan paling sukar di Malaysia selepas Perdana Menteri.

“Dua jawatan di negara kita ini yang memang amat susah, Perdana Menteri dan ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan. Ini jawatan yang sentiasa dikritik hebat.

“Apa-apa keputusan memang ada yang tak suka dan ada yang suka, sebab itulah kita kena ikut seorang sahaja. Kalau nak ikut ramai, dalam negara kita ini mesti ada 11 Perdana Menteri.

“Tapi sekarang kita kena ikut keputusan Pan Gon, kalau nak ikut kehendak semua netizen, memang matilah. Ya, memang (sudah kacau tugas Pan Gon), ini lumrah sekarang bila ada netizen yang boleh komen dalam media sosial.

“Nasihat saya, jangan ikut, itu saja. Memang di mana-mana pun benda ini berlaku, tapi di sini saya nampak terlampau sangat. Orang kena pandai nilai jurulatih, lepas itu pasukan kita sendiri,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Atlet muaythai negara bersama pingat kejuaraan Kejohanan Dunia.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? Sukan 54
Sukan 54

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia