Berita Harian

Bekas Panglima ATM dahului 1,021 penerima pingat

Mohamed Hashim dikurniaka­n darjah kebesaran SSM bawa gelaran Tun

-

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri (B) Mohamed Hashim Mohd Ali mendahului senarai 1,021 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2022 sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-pertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, semalam.

Mohamed Hashim dikurniaka­n darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun.

Seramai 18 individu menerima Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Tiga pegawai kanan perkhidmat­an awam yang menerima PSM ialah Pengerusi Suruhanjay­a Perkhidmat­an Pendidikan, Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff; Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dan

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Dr Azmi Rohani.

Turut menerima PSM ialah Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini; Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Kebangsaan Malaysia, Datuk Low Kian Chuan; Presiden dan Pengarah Eksekutif Malayan Banking Berhad, Datuk Seri Abdul Farid Alias; Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan dan Pengarah Eksekutif United U-LI Corporatio­n Berhad, Datuk Lee Yoon Kong.

Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporatio­n Berhad, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh; Pengasas dan Pengarah Urusan T.A.G. Marine Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Noormustaf­a Kamal Yahya; bekas Menteri Tanah dan Pembanguna­n Koperasi dan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Osu Sukam; bekas Menteri Kesihatan dan bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Subramania­m; bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa

dan Industri serta bekas Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan; bekas Menteri Pendidikan Tinggi dan juga Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh serta bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sementara itu, Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Datuk Tengku Muhaini Sultan Haji Ahmad Shah Al-musta'in Billah adalah antara 23 penerima Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN), yang membawa gelaran Datuk.

Penerima PJN lain ialah Ketua Pengarah Bahagian Penyelidik­an, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rostam Affendi Salleh; Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Azhahari Kamal Ramli; Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof; Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel; Timbalan Gabenor Bank Negara, Chew Cheng Lian dan bekas pemain badminton negara, Foo Kok Keong.

Tiga penerima darjah kebesaran Panglima Setia Diraja (PSD) yang juga membawa gelaran ‘Datuk’ ialah Setiausaha Bahagian Pembanguna­n Jabatan Perdana Menteri, Jazmanie Shafawi; Ketua

Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-pertuan Agong

Protokol di Jabatan Protokol dan Konsular Kementeria­n Luar Negeri, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah dan Juruiring Yang di-pertuan Agong Ke-14, Laksamana Pertama Datuk Shahrum Shaim.

Seramai 48 individu menerima darjah kebesaran Johan Mangku Negara (JMN), termasuk Pengarah Bahagian Perancanga­n Kementeria­n Kesihatan, Dr Rozita Halina Tun Hussein.

Darjah kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) dianugerah­kan kepada 67 individu, termasuk bekas juruiring Perdana Menteri, Senior Asisten Komisioner (SAC), Nik Ezanee Mohd Faisal.

Penerima tunggal Darjah Johan Setia Diraja (JSD) adalah Timbalan Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP) Muhammad Abdul Halim.

Seramai 183 individu dikurniaka­n Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) termasuk Pengasas Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia, Kuan Chee Heng; EXCO Pergerakan Puteri UMNO, Naszriah Ngasri dan Penasihat Persatuan OKU Sentral, Mohd Radzi Wahab.

Tahun ini juga menyaksika­n tujuh individu dianugerah­kan Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD) dan 250 dikurniaka­n Bintang Ahli Mangku Negara (AMN), termasuk Editor Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Mohamad Bakri Darus, manakala 377 individu menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) serta 43 Pingat Bentara Setia Diraja (BSD).

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Al-sultan Abdullah berkenan mengurniak­an Darjah SSM kepada Mohamed Hashim pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n bersempena Hari Keputeraan Rasmi baginda di Istana Negara, semalam.
(Foto BERNAMA) Al-sultan Abdullah berkenan mengurniak­an Darjah SSM kepada Mohamed Hashim pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n bersempena Hari Keputeraan Rasmi baginda di Istana Negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia