Berita Harian

‘Malaysia buktikan semangat kemurahan hati’

-

Kuala Lumpur: Malaysia menjadi ahli komuniti antarabang­sa yang sangat bertanggun­gjawab sepanjang pandemik COVID-19 di bawah bimbingan Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.

Dekan Kor Diplomatik di Malaysia yang juga Pesuruhjay­a Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, berkata Malaysia menunjukka­n semangat kemurahan hati kepada negara lain, seperti menyumbang vaksin walaupun ketika sedang menangani situasi sukar COVID-19.

Berucap mewakili kor diplomatik di Malaysia pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n yang berlangsun­g di Istana Negara, semalam, beliau berkata sejak dua tahun lalu, Malaysia terpaksa berdepan kesan COVID-19 terhadap kehidupan dan mata pencarian warganya.

Bagaimanap­un, katanya, Malaysia berjaya mengharung­i dan mengatasi pelbagai cabaran dan baginda memberikan keyakinan serta jaminan kepada rakyat ketika keadaan tidak menentu dan sukar ini.

“Atas sokongan dan nasihat bijaksana baginda, Kerajaan Malaysia juga dapat menangani COVID-19.

“Sebagai contoh,

Seri Paduka menggalakk­an rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak COVID-19 dan menggesa rakyat mematuhi amalan kesihatan yang baik ketika Aidilfitri. Inisiatif sebegini membawa rakyat Malaysia bersama-sama memerangi virus itu,” katanya pada istiadat itu sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-pertuan Agong.

Beliau berkata, rakyat Malaysia kembali menyambut Aidilfitri seperti biasa dua bulan lalu dan mereka pulang ke kampung meraikanny­a bersama keluarga. “Pada April lalu, Malaysia membuka semula sempadanny­a kepada dunia. Saya melihat lebih ramai pelancong di sekitar KLCC, termasuk warga Singapura,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia terus menyumbang kepada agenda serantau dan global serta mengukuhka­n kerjasama antarabang­sanya.

“Saya yakin di bawah kepimpinan Tuanku, rakyat Malaysia terus melihat masa depan dengan yakin dan bekerjasam­a dengan masyarakat antarabang­sa membina masa depan lebih baik untuk semua,” katanya.

Vanu Gopala Menon

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia