Berita Harian

Syor kerajaan wujud subsidi khas, baucar

-

“Kos ini juga perlu ditanggung pengusaha dan untuk bertahan bagi tempoh lama dengan kadar tambang lama memang mustahil,” katanya.

Beliau turut meminta ibu bapa untuk menggunaka­n perkhidmat­an bas sekolah yang menjadi ahli persatuan agar kenaikan tidak mendadak.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim, mencadangk­an kepada kerajaan supaya memperuntu­kkan subsidi tambang bas dalam bentuk baucar kepada ibu bapa.

Katanya, ibu bapa boleh menukar baucar berkenaan kepada perkhidmat­an bas dan pengusaha pula boleh menukarnya kepada tunai.

“Meskipun sebarang penambahan kos di dalam kadar apa pun tentunya akan dirasai oleh ibu bapa. Nampaknya kenaikan tambang sekolah ini perlu diserap oleh ibu bapa yang tidak ada pilihan lain.

“Dengan pemberian baucar ini, ia akan membantu mengurangk­an beban tambahan harga kepada ibu bapa terutama golongan B40,” katanya.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Mohd Yazid Mohd Yasin, pula mahu pihak berkenaan meneliti semula cadangan menaikkan harga tambang bas sekolah mengambil kira situasi sekarang.

Walaupun tahu pengusaha bas terhimpit ketika ini, beliau menyaranka­n persatuan bas sekolah membuat pelarasan tambang bas mengikut lokasi dengan menjalanka­n kajian pendapatan perkapita keluarga terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menaikkan tambang bas.

“Cadangan menaikkan harga tambang bas sekolah perlu dikaji dan difikirkan kewajarann­ya. Bukan sahaja pengusaha bas terkesan, malah semua pihak juga terkesan dengan pelbagai isu kenaikan harga barang dan sebagainya.

“Saya risau dengan kenaikan harga tambang ini bukan menyelesai­kan masalah pengusaha bas tetapi dibimbangi menambah masalah atau kes buruk terhadap pengusaha bas.

“Ini kerana pihak keluarga pelajar mempunyai pelbagai alternatif selain bas sekolah. Sekiranya merasakan kenaikan tambang ini tidak wajar berkemungk­inan mereka akan menggunaka­n pengangkut­an awam lain yang ada di kawasan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Yazid berkata, seeloknya pengusaha atau persatuan bas mengadakan perbincang­an dengan keluarga pelajar terlebih dahulu mengenai cadangan itu.

Beliau berkata, libat urus itu penting supaya kedua-dua pihak memperoleh situasi menang-menang dalam perkara ini.

 ?? ?? Noor Azimah
Noor Azimah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia