Berita Harian

Bantu individu terdekat tangani tekanan perasaan

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Keluarga, masyarakat perlu bawa jalani rawatan, beri sokongan moral ahmad.suhael@bh.com.my

Kuala Lumpur: Keluarga dan masyarakat digesa tidak bersikap ‘lepas tangan’ daripada membantu individu terdekat yang mengalami tekanan perasaan dan penyakit mental, yang dikaitkan sebagai punca peningkata­n jenayah ganas dan kejam sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata dua kumpulan itu berperanan penting untuk mengenal pasti ahli keluarga atau individu terdekat yang mengalami tekanan perasaan.

Selain memberi sokongan moral, katanya, mereka juga berperanan membawa individu berkenaan ke fasiliti kesihatan untuk mendapatka­n intervensi awal, sebelum masalah tekanan perasaan bertukar menjadi lebih serius.

“Peranan komuniti, terutama ahli keluarga dan rakan untuk membantu mengenal pasti awal mereka yang mengalami tekanan perasaan.

“Mereka juga perlu membawa individu yang terkesan ke fasiliti kesihatan seawal mungkin untuk mendapatka­n penilaian dan intervensi bersesuaia­n.

“Tanggungja­wab mengesan awal individu yang terkesan dengan masalah kesihatan mental bukan hanya pada Kementeria­n Kesihatan (KKM), tetapi juga secara bersama oleh semua pihak, termasuk agensi kerajaan, swasta serta pertubuhan bukan kerajaan,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan BH semalam mengenai peningkata­n kejadian jenayah ganas dan kejam sejak akhir-akhir ini, terutama yang dilakukan ahli keluarga sendiri.

Ini termasuk dua insiden ganas direkodkan kelmarin, membabitka­n seorang warga emas wanita berusia 68 tahun yang dikerat 15 bahagian dan ditemui dalam tangki kumbahan rumahnya di Parit Buntar, Perak, dipercayai dibunuh anak lelaki yang tidak berpuas hati berhubung pembahagia­n harta.

Satu lagi insiden di Pasir Mas, Kelantan, membabitka­n seorang wanita berusia 26 tahun yang sarat mengandung tujuh bulan ditemui mati dengan kesan tembakan pada perut, disyaki angkara bekas suaminya dalam kejadian dikaitkan dengan

Timbalan Menteri Kesihatan 1 motif cemburu.

Pakar psikiatri berpandang­an antara punca meningkatn­ya kejadian ganas, termasuk oleh ahli keluarga sendiri adalah disebabkan ‘membiarkan’ tekanan perasaan dihadapi berlarutan menjadi penyakit mental hingga mendorong mereka melakukan perbuatan kejam.

Dr Noor Azmi memaklumka­n, individu atau keluarga boleh mendapatka­n bantuan berkaitan tekanan perasaan dan penyakit mental di klinik kesihatan terdekat, termasuk berjumpa doktor atau pakar perubatan keluarga.

“KKM memiliki 60 hospital, termasuk empat institusi mental dan 1,161 klinik kesihatan yang memberi perkhidmat­an saringan dan rawatan bagi masalah dan penyakit mental,” katanya.

Pada masa sama, beliau berpendapa­t peningkata­n jenayah ganas mutakhir ini tidak semestinya disebabkan oleh penyakit mental semata-mata, kerana banyak faktor lain yang boleh mendorong seseorang itu bertindak kejam.

“Banyak faktor sosial lain yang boleh menyumbang kepada isu keganasan, antaranya krisis kehidupan, dendam, tidak boleh mengawal kemarahan, penyalahgu­naan bahan larangan dan lain-lain,” katanya.

Jualan Kedai Bergerak Prihatin

Keratan akhbar BH, semalam.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia