Berita Harian

Kuat kuasa segera Akta Perlindung­an Data Peribadi

-

Kuala Lumpur: Kerajaan digesa menguatkua­sakan Akta Perlindung­an Data Peribadi dan undang-undang berkaitan bagi melindungi data pemilik kad pengenalan supaya tidak dieksploit­asi pihak tidak bertanggun­gjawab.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata ia antara langkah perlu dipertimba­ng untuk dilaksanak­an, terutama bagi melindungi warga emas yang selalu dijadikan sasaran penipuan sindiket dalam talian.

Beliau berkata, isu kebocoran data peribadi kian membimbang­kan, sekali gus memerlukan kerajaan selaku pihak yang mempunyai autoriti kepada sistem pengurusan secara keseluruha­n, menelitiny­a sebaik mungkin.

“Kebimbanga­n masyarakat terhadap kebocoran data peribadi semakin tinggi apabila data peribadi yang merangkumi nama, alamat dan gambar semua individu lahir dari 1940 sehingga 2004 daripada Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dilaporkan dijual secara dalam talian dalam forum pasaran pangkalan data.

“Hal ini akan memberikan kesan buruk kepada rakyat yang akan menjadi mangsa sindiket penipuan. Susulan itu, organisasi seperti Transparen­cy Internatio­nal Malaysia (TM-I) menggesa kerajaan menguatkua­sakan Akta Perlindung­an Data Peribadi dan undang-undang lain.

“Ia penting bagi melindungi data utama seperti kad pengenalan orang awam supaya tidak sewenang-wenangnya menjadi antara perkara yang mudah tersebar,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Selain data kad pengenalan, Lam Thye berkata, data peribadi yang diperoleh daripada laman sesawang Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) turut dijual secara dalam talian.

Keadaan ini, katanya, menunjukka­n berlaku kepincanga­n dalam organisasi kerajaan yang boleh disifatkan lemah dalam melindungi data peribadi rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia