Berita Harian

KPDNHEP sedia perluas program

-

Kuala Berang: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersedia memperluas­kan program Jualan Kedai Bergerak Prihatin di seluruh negara dalam usaha membantu meringanka­n beban dihadapi masyarakat.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata ia bagaimanap­un bergantung kepada permintaan dan kerjasama pemimpin setempat.

Beliau berkata, fasa pertama sebelum ini berakhir kira-kira tiga bulan lalu dan fasa kedua dimulakan kembali kelmarin, untuk membantu masyarakat mendapatka­n pelbagai barangan keperluan asas dengan potongan harga 30 peratus.

Katanya, program jualan kedai bergerak itu adalah kesinambun­gan program jualan berkonsep sama yang sebelum ini dikenali sebagai Prihatin Mart yang dicetuskan­nya pada tahun lalu untuk penduduk di Parlimen Hulu Terengganu.

“Fokus kita memang di Hulu Terengganu, tetapi kita terbuka kepada kawasan lain yang memerlukan.

“Kita bersedia bergerak ke mana-mana, tetapi ia bergantung kepada kerjasama pemimpin setempat, jika mahu program ini dilakukan di kawasan mereka dan sanggup mengeluark­an peruntukan bagi memberi subsidi barangan dijual, kita akan bagi sokongan,” katanya selepas meninjau Jualan Prihatin di Masjid Kampung Gaung di sini, semalam.

Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, kedai bergerak itu juga memberi kemudahan kepada rakyat, terutama di kawasan luar bandar mendapatka­n pelbagai barangan keperluan tanpa keluar jauh ke bandar.

Katanya, program itu juga alternatif kepada Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang dijadualka­n berakhir bulan ini.

Rosol (dua dari kanan) meninjau Jualan Prihatin di Masjid Kampung Gaung, Kuala Berang, semalam.

 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ??
(Foto Ghazali Kori/bh)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia