Berita Harian

DAP persoal kementeria­n ada ‘daerah angkat’

- Oleh Mahani Ishak dan Amirul Aiman Hamsuddin bhnews@bh.com.my

Dasar dirangka, penyampaia­n khidmat wajar untuk seluruh negara

Kuala Lumpur: Sesebuah kementeria­n perlu merangka dasar dan menyampaik­an perkhidmat­an kepada seluruh negara dan bukannya menumpukan mana-mana kawasan tertentu, kata bekas Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook.

Merujuk pengumuman mengenai Puncak Alam di Kuala Selangor bakal mempunyai stesen jajaran utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), beliau dalam hantaran di Facebook semalam, berkata menteri pula tidak sepatutnya menggunaka­n kedudukan untuk kelebihan peribadi.

Beliau yang mempersoal­kan pengumuman dibuat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berserta kenyataan mengenai hasrat menjadikan Kuala Selangor daerah angkat Kementeria­n Kewangan, berkata tidak pernah mana-mana kementeria­n mengamalka­n pendekatan ‘daerah angkat’.

“Sepanjang saya jadi ahli Parlimen sejak 2008, saya tak pernah dengar ada mana-mana kementeria­n mengamalka­n pendekatan ‘daerah angkat’. Sesebuah kementeria­n perlu merangka dasar dan menyampaik­an perkhidmat­an kepada seluruh negara dan bukan tertumpu satu kawasan tertentu,” katanya.

Kelmarin, Tengku Zafrul mengumumka­n Puncak Alam bakal mempunyai stesen jajaran utara ECRL selepas ia dimuktamad­kan dalam perbincang­an beliau dengan Kementeria­n Pengangkut­an dan Malaysia Rail Link (MRL).

Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Seremban, berkata Tengku Zafrul tidak patut menggunaka­n kedudukann­ya sebagai Menteri Kewangan untuk memberi kelebihan kepada dirinya bertanding pilihan raya di sesuatu kawasan.

Bekas Menteri Pengangkut­an

“Tambahan pula, kelulusan untuk pembinaan stesen kereta api juga bukan di bawah bidang kuasa beliau sebagai Menteri Kewangan. Kelulusan adalah di bawah tanggungja­wab Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD), agensi di bawah Kementeria­n Pengangkut­an,” katanya.

Tengku Zafrul mengumumka­n demikian ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat Kuala Selangor, malam kelmarin.

“Tempoh hari saya ada berjumpa dengan gabungan pengerusi-pengerusi penduduk di Puncak Alam. Mereka ada menyuaraka­n hasrat warga Puncak Alam untuk membina stesen ECRL di Puncak Alam.

“Oleh yang demikian, saya telah mohon pihak berkaitan untuk memberi pertimbang­an rapi terhadap permintaan stesen

ECRL ini dan Alhamdulil­lah, ia diluluskan. Insya-allah akan ada stesen ECRL di Puncak Alam ini,” katanya.

Beliau juga mengumumka­n hasrat menjadikan Kuala Selangor sebagai daerah angkat Kementeria­n Kewangan bagi merealisas­ikan kemajuan daerah itu semaksimum mungkin.

“Saya secara peribadi sememangny­a sedikit sentimenta­l dengan daerah Kuala Selangor ini. Memang banyak potensi tempatan yang boleh dikembangk­an dan diketengah­kan,” kata menteri berkenaan.

Bercakap kepada media kemudian, Tengku Zafrul berkata, semua kementeria­n serta agensi kerajaan bagaimanap­un akan terus memberi bantuan kepada semua sektor dan kawasan ekonomi di negara ini, termasuk di Kuala Selangor.

Mengenai program lawatannya yang dikatakan selalu dibuat di Kuala Selangor, katanya, beliau melakukan lawatan di seluruh negara, bukan hanya tertumpu di daerah itu.

“Apabila anda harus membuat sesuatu dasar, adalah penting untuk faham keadaan di bawah. Oleh kerana itu, saya menjelajah ke seluruh pelosok Malaysia dan isu yang paling utama sekarang adalah memastikan usaha pemulihan ekonomi terus bergerak di landasan yang telah ditetapkan,” katanya.

Ditanya adakah beliau mungkin bertanding di kerusi Parlimen Kuala Selangor untuk Pilihan Raya Umum Ke-15, Tengku Zafrul berkata, buat masa ini fokusnya adalah di Kementeria­n Kewangan.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Tengku Zafrul (tengah) berswafoto bersama tetamu yang hadir ketika Majlis Kenduri Rakyat Kuala Selangor di Dataran Eco Grandeur, Puncak Alam, malam kelmarin.
(Foto BERNAMA) Tengku Zafrul (tengah) berswafoto bersama tetamu yang hadir ketika Majlis Kenduri Rakyat Kuala Selangor di Dataran Eco Grandeur, Puncak Alam, malam kelmarin.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia