Berita Harian

Langkah jangka pendek berjaya kurangkan banjir kilat di ibu kota

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi bhnews@bh.com.my

Hanya 6 daripada 25 lokasi ‘titik panas’ dikesan masih dinaiki air

Kuala Lumpur: Pendekatan jangka pendek bagi mengurangk­an masalah banjir kilat di ibu kota, dilihat memberi kesan memberangs­angkan, apabila kini hanya enam lokasi ‘titik panas’ dikesan masih dinaiki air dalam kejadian baru-baru ini.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk

Seri Shahidan Kassim, berkata pendekatan jangka pendek yang dilakukan sejak bulan lalu adalah mengepam air, pe- ngawasan terhadap kawasan terbabit dan meletakkan beg pasir di kawasan terbabit dengan limpahan sungai.

Katanya, ketika ini hanya pemasangan beg pasir masih berlangsun­g di enam lokasi, iaitu di Jalan Segambut, Pintasan Segambut, Jalan Travers, Lorong Maarof, Kampung Pasir dan Jalan Batu Bata.

“Sebanyak empat lokasi sudah selesai dipasang beg pasir iaitu di Jalan Rahmat, Jalan Sultan Iskandar (berhampira­n Parlimen), Jalan Lebuh Ampang dan Kampung Kasipillay.

“Walaupun pemasangan ini belum selesai sepenuhnya lagi, namun dengan tindakan lain yang sudah diambil, kita berjaya mengurangk­an kejadian banjir kilat daripada membabitka­n 25 hotspot sebelum ini kepada hanya enam hotspot,” katanya kepada BH.

Selain itu Shahidan berkata, tempoh air banjir kering juga menurun kepada kira-kira 15 minit sehingga 30 minit berbanding sebelum ini 30 minit sehingga satu jam.

Ditanya sama ada kawasan lain perlu di pasang beg pasir, beliau berkata, pemasangan beg pasir bergantung kepada lokasi kejadian banjir.

Katanya, kawasan yang dipasang beg pasir hanya di kawasan yang berdepan kejadian air

Shahidan Kassim

sungai melimpah seperti di Kampung Rahmat.

“Malah di Kampung Rahmat turut dipasang pam air kerana longkang di kawasan itu tidak mampu lagi menampung jumlah air jika hujan lebat.

“Adanya beg pasir, ia akan menghalang daripada air masuk ke sungai manakala pam air pula membantu mengeluark­an air dengan cepat,” katanya.

Terdahulu, Shahidan memaklumka­n tiga pendekatan menangani isu banjir iaitu bagi jangka pendek, sederhana dan panjang.

Beliau dilaporkan berkata, pendekatan jangka pendek adalah pengepaman air, pengawasan di kawasan terbabit dan meletakkan beg pasir di kawasan terbabit dengan limpahan air sungai yang sudah dilaksanak­an serta-merta.

Katanya, pembinaan kolam setempat untuk kawasan penduduk pula adalah pendekatan jangka masa sederhana, manakala terowong simpanan air bawah tanah langkah jangka panjang.

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Kakitangan Jabatan Perancanga­n Bandaraya DBKL bersiap sedia bagi sebarang kemungkina­n berlaku banjir kilat di Jalan Maarof, Kuala Lumpur.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Kakitangan Jabatan Perancanga­n Bandaraya DBKL bersiap sedia bagi sebarang kemungkina­n berlaku banjir kilat di Jalan Maarof, Kuala Lumpur.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia