Berita Harian

UMNO Besut mahu pertahan tiga kerusi DUN, Parlimen

Gerak kerja turut dijalankan bagi merampas semula kerusi Kota Putera dikuasai PAS

- Oleh Baharom Bakar bhnews@bh.com.my

Kuala Terengganu: UMNO Bahagian Besut akan pertahanka­n tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerusi Parlimen, selain mahu merampas satu kerusi DUN yang dikuasai PAS, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Nawi Mohamad, berkata gerak kerja untuk merampas semula kerusi DUN Kota Putera yang dikuasai PAS sudah dijalankan sebaik berakhirny­a PRU-14.

Katanya, sejak PRU-14, UMNO sudah mengatur gerak kerja bagi mempertaha­nkan tiga lagi kerusi DUN iaitu Jertih, Kuala Besut dan Hulu Besut serta kerusi Parlimen.

“UMNO bersama seluruh pimpinan sayap parti sudah bersiap siaga dan sedang menunggu PRU-15. Kita tidak gusar walaupun difahamkan empat calon UMNO akan ditentang oleh calon BERSATU selepas PAS dikatakan menyerahka­n kerusi dikuasai UMNO kepada parti itu untuk bertanding pada PRU akan datang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada PRU lalu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh mempertaha­nkan kerusi Parlimen dengan majoriti 4,599 selepas memperoleh 34,334 undi menewaskan calon PAS yang memperoleh 29,735 undi dan calon PKR yang mendapat 6,864 undi.

Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang bertanding di DUN Kuala Besut pula mempertaha­nkan kerusi itu dengan memperoleh undi sebanyak 8,126 menewaskan calon PAS dan PKR yang masing-masing memperoleh 7,983 serta 1,095 undi.

Calon DUN Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof pula mempertaha­nkan kerusi itu selepas menewaskan calon PAS yang memperoleh 7,762 undi dan calon PKR 1,594 undi.

Nawi yang bertanding di DUN Hulu Besut mempertaha­nkan kerusi selepas memperoleh 8,045 undi menewaskan calon PAS yang memperoleh 6,576 undi dan calon PKR yang hanya memperoleh 860 undi.

Bagaimanap­un, kerusi DUN Kota Putera gagal dipertahan­kan selepas calon PAS, Nurkhuzain­i Ab Rahman yang memperoleh 9,703 undi menewaskan calon UMNO, Mohd Mahadi Musa dan calon PKR yang masing-masing hanya memperoleh 8,523 undi dan PKR hanya memperoleh 1,504 undi.

Nawi yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (DUN) Hulu Besut, berkata walaupun bakal bertanding solo, berdasarka­n maklum balas dan hasil gerak kerja, UMNO yakin mampu pertahanka­n empat kerusi termasuk kerusi Parlimen dan merampas semula kerusi Kota Putera yang dikuasai PAS.

Sementara itu, Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri, Senator Datuk Razali Idris, berkata pihaknya tidak pernah mendesak dan menuntut kerusi untuk meletakkan calonnya bertanding di DUN dan Parlimen.

Sebaliknya, katanya, soal pembahagia­n kerusi diserahkan sepenuhnya kepada PAS, walaupun bersedia meletakkan calon bertanding pada PRU-15.

Katanya, perbincang­an fasa pertama PAS bersetuju menyerahka­n 10 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen yang dikuasai UMNO untuk bertanding pada PRU-15.

“Jika PAS tetap dengan keputusan untuk menyerahka­n 10 kerusi DUN dan Parlimen kepada BERSATU untuk bertanding, kita perlu membuat kajian termasuk kekuatan BERSATU serta jumlah keahlian.

“Kita bertanding untuk menang, sebab itu kita perlu membuat kajian kesesuaian sebelum meletakkan calon di kawasan DUN dan Parlimen,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Razali yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) BERSATU mewakilkan kepada Pengerusi Bersekutu BERSATU, Lim Chow Sieng menyampaik­an bantuan dan sumbangan kepada tukang kasut, Mohd Ridwan Hamzah, 55, yang kematian isteri, Rozita Abas, 45, akibat penyakit kencing manis, Selasa lalu.

Mengulas lanjut, Razali yang juga Ketua BERSATU Bahagian Marang, berkata perbincang­an fasa seterusnya mengenai pengagihan dan kesesuaian kerusi untuk calon parti akan diadakan dari semasa ke semasa.

“Antara 10 kerusi DUN yang dikuasai UMNO dan dicadangka­n diserahkan kepada BERSATU adalah DUN Kijal, Bukit Besi, Telemong, Seberang Takir, Batu Rakit, Permaisuri, Langkap, Kuala Besut, Jertih dan Hulu Besut.

“PAS juga mencadangk­an agar calon BERSATU bertanding di Parlimen Besut serta pertahanka­n Parlimen Hulu Terengganu,” katanya.

UMNO bersama seluruh pimpinan sayap parti sudah bersiap siaga dan sedang menunggu PRU-15. Kita tidak gusar walaupun difahamkan empat calon UMNO akan ditentang oleh calon BERSATU

Nawi Mohamad, Ketua UMNO Bahagian Besut

 ?? (Foto Baharom Bakar/bh) ?? Chow Sieng mewakili Razali menyampaik­an bantuan dan sumbangan kepada Mohd Ridwan.
(Foto Baharom Bakar/bh) Chow Sieng mewakili Razali menyampaik­an bantuan dan sumbangan kepada Mohd Ridwan.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia