Berita Harian

Kembalikan subjek Pendidikan Seni Visual di MRSM

-

Sebelum penularan COVID-19, silibus pendidikan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyenarai­kan subjek Pendidikan Seni Visual (PSV). Bagaimanap­un, pendekatan baharu yang lebih dinamik diperkenal­kan kepada pelajar MSRM sejak April 2022.

Pendekatan itu antara lain tidak lagi menawarkan PSV sebagai subjek ke-10 dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon 2022. Langkah itu dilihat memberi kesan kepada pelajar yang berminat.

Secara peribadi, sebagai ibu bapa saya berasakan pihak MRSM perlu memberi ruang kepada pelajar untuk mengambil subjek ini. Di MRSM Tumpat, Kelantan misalnya pelajar berpeluang menekuni subjek itu dengan lebih baik kerana terdapat kemudahan dan fasiliti yang optimum untuk mereka disediakan.

Tambahan pula, mereka mendapat sokongan pengetua dan guru PSV di MRSM Tumpat yang pasti akan meningkatk­an lagi peluang untuk pelajar membuktika­n kemampuan mereka.

Walaupun ketika ini, visi dan Misi MRSM sangat berfokus dan jelas untuk menjadi sebuah pusat kecemerlan­gan pendidikan yang inovatif bertaraf dunia dalam melahirkan pelajar Bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an Dan Matematik (STEM),

Prof Madya Dr Mohammad Rusdi Mohd Nasir ia boleh dilakukan tanpa perlu mengabaika­n subjek lain dan minat pelajar.

Justeru, subjek PSV perlu kembali ditawarkan. Apatah lagi jika pelajar mahu melanjutka­n pengajian dalam bidang seni bina atau reka bentuk, subjek ini adalah antara keperluan yang dilihat.

Pendekatan untuk tidak membenarka­nnya menjadi subjek ke-10 SPM akan menyekat peluang dan ruang yang lebih kepada pelajar MRSM untuk memasuki bidang diminati.

Sebagai Dekan di Fakulti Seni Bina dan Ekistik, Universiti Malaysia Kelantan, saya berpandang­an, peluang untuk pelajar ini memasuki bidang seni bina dan reka bentuk di universiti awam adalah satu bonus sekiranya mereka mengambil subjek PSV pada peringkat SPM. Folio yang dihasilkan menjadi antara kriteria pemilihan ketika proses temu duga pengambila­n calon pelajar dijalankan. Adalah menjadi suatu kerugian sekiranya pelajar yang berbakat besar ini tidak dibenarkan mengambil subjek ini.

Sebagai perbanding­an, pemilihan subjek PSV sebagai elektif adalah bertepatan dengan kombinasi pakej STEM yang ditawarkan. Ia bagi memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menyambung pelajaran pada peringkat seterusnya dan menceburi laluan kerjaya dalam bidang sains, perubatan dan kesihatan, kejurutera­an, bioteknolo­gi, sains komputer, reka bentuk, teknologi pembuatan, perakaunan dan lain-lain.

Secara tidak langsung, hal ini memberi lebih peluang kepada pelajar untuk memilih subjek bersesuaia­n mengikut kecenderun­gan dan minat serta kebolehan mereka. Ia juga memberi nilai tambah kepada pilihan laluan akademik atau kerjaya setiap pelajar di universiti.

Sebagai ibu bapa yang anaknya belajar di MRSM Tumpat, pembabitan kami dalam Badan Pemuafakat­an Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT) menyokong ekosistem pembelajar­an sebegini. Dalam isu subjek PSV ini juga, ibu bapa menyatakan persetujua­n dan harapan untuk Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM) membenarka­n anak mereka mengambil mata pelajaran berkenaan dalam usaha memperting­katkan kecemerlan­gan modal insan pelajar sejajar dengan visi dan misi MRSM.

Saya berkeyakin­an penuh, subjek PSV tidak akan mengganggu tumpuan pelajar untuk fokus pada subjek lain. Malah, sebenarnya jika mereka mempelajar­i PSV dengan minat ini adalah subjek terbaik untuk mempamerka­n kesungguha­n mendalam dan muncul dengan hasil seni terbaik.

Semoga hasrat pelajar, ibu bapa dan guru untuk melihat pelajar MRSM Tumpat atau mungkin juga MRSM cawangan lain untuk mengambil subjek PSV dalam SPM 2022 akan terlaksana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia