Berita Harian

Bahasa rojak jejas identiti, jati diri

- Oleh Nas Norziela Nasbah bhnews@bh.com.my

Melayu perlu contohi bangsa lain kekalkan warisan ibunda

Kuala Lumpur: Identiti dan jati diri masyarakat dalam memartabat­kan ketulenan bahasa Melayu kini masih gagal dikuasai berikutan budaya mencampurk­an bahasa asing dalam pertuturan.

Ilmuwan terkenal negara, Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, berkata sikap ambil mudah masyarakat yang sering mencampur aduk bahasa Melayu dengan bahasa asing seperti bahasa Inggeris sudah tentu mempengaru­hi tahap penguasaan bahasa Melayu.

Katanya, ia ibarat kudis kian merebak kerana jika tidak ‘dirawat’ pasti menjejaska­n institusi kemahiran bahasa Melayu.

“Golongan Melayu elit misalnya sering ‘memelayuka­n’ bahasa Inggeris dan bahasa Arab dalam pertuturan harian mereka dengan mudah.

“Ini menunjukka­n masyarakat kita bersikap sambil lewa sedangkan penggunaan bahasa Melayu amat luas dan patut dibanggaka­n,” katanya pada Wawancara Sofa Putih sempena Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang diadakan selepas dua tahun ditangguhk­an akibat pandemik.

Aktiviti bual bicara itu antara program dianjurkan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) melalui Gudang #Berbaloibe­li@itbm di sini, semalam.

Turut sama menyertai Wawancara Sofa Putih ‘Bahasa Melayu-kukuh di dalam, meluas di luar’ adalah Pegawai Khas Perdana Menteri, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, sudah tiba masanya bangsa Melayu mencontohi bangsa lain dalam mempertaha­nkan bahasa nenek moyang mereka.

“Saya melihat orang Melayu tidak memperkuku­hkan etnobahasa mereka, tidak seperti bangsa lain yang mengekalka­n warisan bahasa ibunda mereka,” katanya.

Sementara itu, Kamarul Zaman mengulas masalah kekangan penggunaan bahasa Melayu kini adalah sistemik dan diakui daripada peringkat akar umbi.

Katanya, ini termasuk sistem pendidikan dan campur tangan politik mengehadka­n penggunaan bahasa Melayu pada peringkat lebih tinggi.

“Ia boleh ditangani dengan pelbagai pendekatan di peringkat jabatan kerajaan dengan menggunaka­n perkataan bahasa Melayu tanpa sebarang campuran bahasa Inggeris,” katanya.

 ?? ?? Kok Seong (kiri) dan Kamarul Zaman di PBAKL 2022, semalam.
Kok Seong (kiri) dan Kamarul Zaman di PBAKL 2022, semalam.
 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) ?? Pengunjung yang hadir pada PBAKL 2022 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) Pengunjung yang hadir pada PBAKL 2022 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia