Berita Harian

Luka tetakan, tubuh dipotong punca kematian warga emas

-

Ipoh: Bedah siasat terhadap keratan mayat wanita warga emas yang dipercayai dibunuh anaknya di sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar mendapati badan mangsa dipotong 15 bahagian termasuk kepala, tangan kaki dan organ badan yang lain.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalath­rash Wahid, berkata bedah siasat itu juga mendapati kematian mangsa berpunca daripada luka tetakan dan potongan tubuh badan.

Beliau berkata, proses bedah siasat terhadap mangsa berusia 68 tahun itu dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.

“Tubuh mangsa dipotong hingga putus kepada 15 bahagian termasuk kepala, tangan, kaki dan organ badan lain,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, polis menahan lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai membunuh dan memotong badan ibunya, susulan penemuan potongan daging menyerupai anggota badan manusia di dalam tangki kumbahan rumah itu kira-kira jam 3.30 petang.

Mangsa tinggal berdua bersama suspek di rumah itu sejak 12 tahun lepas selepas kematian suaminya dan dua beranak itu menjalanka­n urusan jual beli barangan terpakai.

Polis turut merampas sebilah parang, dua pisau serta barang yang dipercayai digunakan suspek bagi melakukan pembunuhan kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan pembahagia­n harta mendiang bapanya.

Suspek yang juga anak sulung daripada tiga beradik pernah menerima rawatan sebagai pesakit mental di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang 20 tahun lalu, namun tidak menerima rawatan susulan.

Kota Bharu: Sembilan daerah di Kelantan berada dalam zon merah kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 10 hari sehingga Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, berkata sembilan daerah berkenaan adalah Kota Bharu yang mencatat 705 kes, diikuti Machang (157 kes), Tumpat (126 kes), Pasir Mas (116 kes), Tanah Merah (96 kes), Kuala Krai (92 kes), Bachok (89 kes), Gua Musang (85 kes) dan Pasir Puteh (75 kes).

Katanya, hanya satu daerah iaitu Jeli berada dalam zon kuning dengan 47 kes.

“Jumlah keseluruha­n kes HFMD pada Minggu Epidemiolo­gi (ME) 22/2022 dalam tempoh 10 hari sehingga kelmarin (Sabtu lalu) adalah sebanyak 1,588 kes.

Angka itu menjadikan kumulatif 5,782 kes jangkitan untuk tahun ini.

“Kanak-kanak berusia antara satu hingga empat tahun paling ramai dijangkiti HFMD iaitu sebanyak 68.4 peratus, diikuti lima hingga enam tahun (14.4 peratus) dan tujuh hingga 12 tahun (8.3 peratus),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dr Zaini berkata, bilangan kanak-kanak dirawat di hospital sebanyak dua kes di wad biasa dan seorang mangsa dirawat di unit rawatan rapi.

Beliau berkata, jangkitan HFMD di negeri ini tidak teruk dan hanya bergejala ringan. Pesakit hanya menjalani kuarantin di rumah.

“Terdapat 25 wabak dilapor tahun ini iaitu 24 membabitka­n taska atau tadika, manakala empat wabak di rumah persendiri­an,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia