Berita Harian

Jaga 3 cicit selagi ada hayat

- Oleh Syaherah Mustafa

Susulan wanita hamil 7 bulan mati ditembak

Warga emas rela pikul tanggungja­wab walau buntu fikir kos penjagaan bhnews@bh.com.my

Pasir Mas: “Selagi masih bernyawa, saya akan menjaga tiga cicit yang hilang tempat bergantung ini. Secara jujur, saya buntu memikirkan kos penjagaan mereka tetapi Insya-allah, saya percaya rezeki ada untuk membesarka­n mereka walaupun dalam keadaan serba sederhana dan tidak mewah.”

Demikian tekad Zawiah Sulong, 68, yang juga nenek kepada Farrah Emirah Mazlan, 26, iaitu wanita sarat mengandung tujuh bulan yang ditemukan mati dengan kesan tembakan pada perut, di Kampung Repek, di sini, Sabtu lalu.

Zawiah berkata, beliau tidak sanggup melihat kesedihan tiga anak mangsa, iaitu Mohamad Mustaqim Darwish Mustafa, 10; Nur Felissa Edriana, 5, dan Mohamad Putra Faliq, 3, namun harus kuat demi cicitnya itu yang memerlukan sokongan serta kasih sayang untuk meneruskan kehidupan.

“Sayu hati saya apabila Mohamad Putra Faliq masih bertanyaka­n ibunya kerana tidak memahami apa yang berlaku.

“Saya terpaksa memberitah­u bahawa ibunya ‘keluar bekerja’ supaya dia berhenti menangis.

“Saya tahu tiga beradik itu sangat rapat dengan arwah ibu mereka, malah tidak pernah berenggang. Sejak kejadian ini, sayalah tempat mereka bermanja dan menjadi peneman tidur, terutama yang bongsu.

“Malah, saya juga berpesan kepada anak yang lain untuk terus mengambil berat tiga beradik itu apabila saya sudah tiada nanti,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain itu, Zawiah berkata, beliau akan berbincang dengan menantunya yang juga ibu mangsa, Siti Haja Said, 47, mengenai penjagaan tiga beradik terbabit, selain memastikan hubungan antara mereka terus terpelihar­a.

“Jika rindu pada arwah, saya akan memeluk anaknya. Pemergian arwah sangat mengejutka­n, justeru kami memerlukan masa. Saya berdoa semoga diri terus kuat menerima kenyataan.

“Apapun yang terjadi, saya tidak akan mengabaika­n ketiga-tiga cicit saya ini dan berharap terus diberi kesihatan yang baik untuk membesarka­n mereka,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Sabtu lalu, mangsa ditemukan mati dengan kesan tembakan pada perut, dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Kampung Repek.

Media sebelum ini melaporkan cemburu ialah antara motif sedang disiasat polis berhubung kejadian menimpa mangsa yang mempunyai tiga anak daripada perkahwina­n pertama dan baru bercerai dengan suami keduanya pada Februari lalu.

Akibat tembakan pada mangsa, bayi dalam kandungann­ya turut meninggal dunia. Susulan kejadian itu, seorang daripada bekas suaminya ditahan bagi membantu siasatan.

10 Oktober 2019

• - Norfazera Bidin, 27, bersama anak lelaki berusia 11 tahun dibunuh sebelum mayat mereka yang dikerat lapan dicampak di kawasan semak di Kampung Ladang Krubong, Melaka. Suami mangsa yang juga warga Singapura dituduh membunuh dua beranak itu.

19 Februari 2021

• - Seorang pemandu lori simen, Abu Hassan Darus, 30, didakwa membunuh anak tiri berusia empat tahun.

4 Mac 2021

• - Mayat seorang wanita berusia 38 tahun ditemukan dalam tong air di kawasan ladang serai di Bandar Penawar, Johor. Ibu kepada dua anak itu dipercayai ditembak mati ketika tidur oleh suaminya.

Zawiah bersama tiga cicitnya.

17 Februari 2022

• - Seorang lelaki berusia 39 tahun direman kerana disyaki menetak ibu tirinya hingga terputus leher di Kampung Batu Machang, Gua Musang.

1 Mei 2022

• - Seorang wanita dipercayai disepak dan dipukul dengan senjata tumpul oleh suaminya sehingga menyebabka­n kematian.

4 Jun 2022

• - Seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan, Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemukan mati dengan kesan tembakan pada perutnya di Kampung Repek, Pasir Mas. Polis menahan seorang daripada bekas suaminya bagi membantu siasatan.

4 Jun 2022

• - Polis menahan seorang lelaki disyaki membunuh dan memotong badan ibunya kepada 15 bahagian di sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar, Perak.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia