Berita Harian

2 pasangan suami isteri maut nahas di Jasin, Shah Alam

- Oleh Nuraliawat­i Sabri bhnews@bh.com.my

Motosikal kena rempuh, terbabas dalam dua kejadian berasingan

Kuala Lumpur: Dua pasangan suami isteri yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian dalam kemalangan berasingan di Jasin, Melaka dan Shah Alam, Selangor.

Dalam kemalangan jam 7.45 pagi semalam di Jalan Serkam Pantai, Jasin, sepasang suami isteri maut apabila motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki disyaki bawah pengaruh alkohol.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Melaka, Superinten­dan Amran@mohamad Zaki Omar, berkata mangsa Ezuddin Mohammad, 50, bersama isteri, Surayah Muhamat, 48, disahkan meninggal dunia akibat parah dalam kemalangan membabitka­n tiga motosikal dan kereta Perodua Myvi itu.

Beliau berkata, nahas itu turut menyebabka­n seorang lagi penunggang motosikal berusia 57 tahun serta pemandu kereta berumur 24 tahun cedera ringan.

“Pasangan suami isteri terbabit yang menunggang motosikal Yamaha Ego dan penunggang motosikal Yamaha Lagenda dikatakan dalam perjalanan dari arah bandar raya Melaka menghala ke Merlimau, manakala Perodua Myvi dari arah bertentang­an.

“Siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi yang disyaki memandu bawah pengaruh alkohol, dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentang­an. Berikutan itu, kedua-dua motosikal yang datang dari arah hadapan tidak sempat mengelak lalu bertembung kereta berkenaan.

“Perlanggar­an itu menyebabka­n pasangan terbabit parah di kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lelaki berusia 57 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda pula mengalami kecederaan ringan di badan dan pemandu Perodua Myvi yang juga operator kilang pula cedera ringan di muka,” katanya.

Katanya, kemalangan itu turut menyebabka­n motosikal Yamaha Lagenda berkenaan terbakar, malah sebuah lagi motosikal yang diletak di bahu jalan juga dirempuh Perodua Myvi berkenaan.

Katanya, mayat pasangan itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Jasin, untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superinten­dan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang­i mereka terbabas di Jalan Banting-dengkil, Shah Alam pada jam 6 pagi kelmarin.

Beliau berkata, pasangan berkenaan dalam perjalanan dari arah Dengkil menghala Banting.

Katanya, motosikal berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri laluan sebelum melanggar papan tanda amaran di bahu kiri jalan.

“Penunggang motosikal adalah lelaki berumur 21 tahun, manakala pembonceng yang juga isterinya berumur 16 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan mayat dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Saksi kejadian atau individu yang ada maklumat mengenai nahas itu diminta menghubung­i balai polis berhampira­n atau Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, Inspektor Fatin Husna Khairuzzam­an di talian 017-3012621 / 03-31872222.

 ?? ?? Pasangan suami-isteri maut selepas motosikal ditunggang­i terbabas di Jalan Banting-dengkil, Shah Alam, kelmarin.
Pasangan suami-isteri maut selepas motosikal ditunggang­i terbabas di Jalan Banting-dengkil, Shah Alam, kelmarin.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia