Berita Harian

Mekanik rugi RM70,000 diperdaya Macau Scam

-

Anggota sindiket dakwa mangsa terbabit kes pengubahan wang haram

Seremban: Seorang mekanik di Jempol mendakwa kerugian RM70,000 akibat diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai wakil daripada Klinik Kesihatan dan pegawai polis, 25 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superinten­dan Hoo Chang Hook, berkata lelaki berusia 56 tahun itu dikatakan menerima panggilan telefon memaklumka­n melakukan kesalahan kerana mengambil ubat sebanyak lapan kali di Klinik Kesihatan Ampang

Baru, Ipoh, Perak.

Beliau berkata, panggilan itu kemudian disambungk­an kepada seorang individu kononnya pegawai polis bernama Sarjan Lee dari Balai Polis Ipoh yang mendakwa mangsa terbabit kes pengubahan wang haram pula.

“Mangsa kemudian diminta memindahka­n wang dalam akaun beliau kononnya untuk siasatan polis, dan akan ditangkap

Ketua Polis Daerah Jempol jika tidak berbuat demikian. Mangsa dimaklumka­n kononnya wang milik beliau akan dipulangka­n semula jika tidak terbabit pengubahan wang haram.

“Susulan itu, mangsa membuat pindahan ke dalam dua akaun berlainan dengan jumlah keseluruha­n RM70,000,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Namun, Chang Hook berkata, mangsa yang mengesyaki diri diperdaya kemudian membuat laporan polis, Jumaat lalu, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam kes berasingan, beliau berkata, seorang pekerja kilang berusia 36 tahun di Bahau mendakwa kerugian RM11,300 selepas terperdaya dengan perkhidmat­an pelacuran secara dalam talian yang ditawarkan melalui aplikasi Whatsapp pada Sabtu lalu.

“Pada hari sama, mangsa diminta memasukkan wang dan membuat 22 kali tambah nilai ke satu aplikasi membabitka­n jumlah RM11,300,” katanya.

Chang Hook berkata, mangsa kemudian turut diminta menghantar gambar kad pengenalan sebagai bukti pembayaran itu.

Beliau berkata, mangsa yang mengesyaki diri ditipu selepas dimaklumka­n rakannya, tampil membuat laporan polis, kelmarin.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia