Berita Harian

Geng Fahmy pecah rumah tumpas

-

Kuala Berang: Tiga individu termasuk pasangan suami isteri yang didakwa terbabit dalam jenayah pecah rumah sejak Januari lalu, ditahan dalam dua operasi berasingan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superinten­dan Mohd Adli Md Daud, berkata tangkapan pertama membabitka­n pasangan suami isteri berusia 28 dan 38 tahun.

Katanya, kedua-dua mereka yang memiliki premis cuci kenderaan dan butik pakaian ditahan ketika melakukan urusan jual beli emas di sebuah hotel di Pudu, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, tangkapan kedua membabitka­n suspek utama berusia 28 tahun dikenali sebagai Fahmy yang juga adik kepada suspek wanita, di rumahnya di Kampung Temala Hilir, Pengkalan Berangan, Marang.

“Tangkapan terhadap semua suspek yang dikenali sebagai Geng Fahmy dilakukan susulan laporan satu kes pecah rumah membabitka­n kerugian lebih RM50,000 di Kampung Pauh, di sini, pada Khamis lalu,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Susulan penahanan semua suspek, katanya, polis sudah menemukan semula pelbagai barangan kemas milik mangsa bernilai RM47,500 dan merampas telefon bimbit serta peralatan seperti jek

Mohd Adli Mat Daud (tengah) menunjukka­n rantai emas yang dirampas susulan penahanan tiga anggota Geng Fahmy membabitka­n dua beradik dan ipar yang aktif melakukan jenayah pecah rumah.

kenderaan yang dipercayai digunakan untuk membengkok besi palang nako ketika melakukan pecah rumah.

Dalam kejadian Khamis lalu, katanya, mangsa yang juga seorang guru berusia 34 tahun menyedari kediamanny­a dipecah masuk apabila mendapati pintu dapur terbuka ketika bangun pada jam 5 pagi.

Mangsa kemudian mendapati dompet milik suaminya yang mengandung­i wang tunai RM200 dan beg tangan miliknya berisi wang tunai RM800 serta barangan kemas iaitu 11 bentuk cincin, sembilan gelang dan tiga utas rantai dalam bilik tidur hilang.

“Kejadian itu menyebabka­n mangsa rugi RM50,000 termasuk wang tunai RM1,000,” katanya.

Mohd Adli berkata, siasatan mendapati, kumpulan terbabit dikatakan aktif melakukan jenayah itu sejak Januari lalu dan sepanjang tempoh itu sebanyak tujuh kes pecah rumah dilakukan kumpulan terbabit yang membabitka­n kerugian sebanyak RM100,000.

Beliau berkata, suspek utama juga dikatakan memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah dan pernah menjalani hukuman penjara sebelum dibebaskan pada Januari lalu.

“Susulan tangkapan itu, polis berjaya menyelesai­kan tujuh daripada 15 kes pecah rumah di daerah ini sejak Januari lalu, dan semua suspek direman selama empat hari bermula tarikh tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ?? (Foto Zaid Sali/bh) ??
(Foto Zaid Sali/bh)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia