Berita Harian

JKNT diarah ambil sampel air Pulau Perhentian Kecil

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Dakwaan enam sahabat keracunan makanan ketika bercuti disiasat bhnews@bh.com.my

Kuala Terengganu: Jabatan Kesihatan Terengganu (JKNT) diarah mengambil sampel air yang didakwa tercemar, susulan kes enam sahabat dikatakan mengalami keracunan makanan ketika bercuti di Pulau Perhentian Kecil, Besut, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n,

Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman, berkata ia hasil Mesyuarat Khas Tindakan Besut dipengerus­ikan Pegawai Daerahnya, kelmarin yang turut mengarahka­n JKNT melakukan pemantauan segera terhadap isu tular itu.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri memandang serius dakwaan kes keracunan itu yang dikatakan berpunca daripada pencemaran sisa kumbahan tidak dirawat di pulau berkenaan.

Katanya, ia bukan hanya membabitka­n soal keselamata­n pelancong, tetapi juga akan memberi imej negatif terhadap industri pelanconga­n negeri jika dakwaan berkenaan adalah benar.

Bagaimanap­un, Ariffin berkata, difahamkan pihak JKNT dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut belum menerima sebarang laporan berhubung kes terbabit, setakat ini.

“Hasil semakan data kejadian keracunan makanan dari 2021 hingga semalam mendapati JKNT tiada menerima apa-apa notifikasi kes keracunan makanan berlaku di Pulau Perhentian.

“Namun, Mesyuarat Khas Tindakan Besut yang dipengerus­ikan Pegawai Daerahnya, semalam (kelmarin), sudah mengarahka­n JKNT mengambil sampel air yang didakwa tercemar serta melakukan pemantauan segera terhadap isu tular itu.

“Kerajaan negeri memandang serius perkara ini, terutama apabila membabitka­n soal keselamata­n pelancong kerana ia bukan hanya akan memberi imej negatif terhadap industri pelanconga­n tetapi juga boleh menjejaska­n keyakinan pelancong untuk berkunjung ke pulau peranginan di Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Kelmarin, media melaporkan JKNT menyiasat dakwaan enam sahabat mengalami keracunan makanan ketika bercuti di Pulau Perhentian Kecil yang dipercayai akibat pencemaran sisa kumbahan tidak dirawat, barubaru ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong, dipetik berkata siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu yang dikatakan berpunca

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu daripada air tercemar di pulau berkenaan.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan enam sekawan mendakwa mereka mengalami keracunan makanan selepas berenang di perairan dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan tidak dirawat di Pulau Perhentian Kecil.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia