Berita Harian

1,163 pesawah terjejas banjir sudah terima bantuan

-

Pekan: Seramai 1,163 pesawah di daerah ini yang tanaman padi mereka musnah akibat banjir besar akhir tahun lalu, sudah menerima bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP), setakat 31 Mei lalu.

Pengarah Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan, Muhamad Khalil Idris, berkata RM3.05 juta daripada keseluruha­n jumlah bantuan hampir RM3.21 juta, telah dikreditka­n ke dalam akaun bank pesawah terbabit.

Bagaimanap­un, beliau berkata, 40 lagi daripada keseluruha­n 1,203 pesawah yang mengalami kerugian itu, belum menerima bantuan berkenaan.

“Ia disebabkan akaun bank pesawah terbabit tidak aktif, ditutup atau menggunaka­n akaun orang lain.

“Masalah itu diketahui selepas menerima aduan pesawah terbabit pada 19 Mei lalu berhubung kelewatan bayaran bantuan TBTP,” katanya, di sini, kelmarin.

Justeru, Muhamad Khalil berkata, IADA bersama Agrobank sedang berusaha mengatasi masalah itu, termasuk menjejaki pesawah yang mempunyai akaun bermasalah.

Beliau berkata, pihaknya sudah berhubung dengan pegawai Agrobank bagi mendapatka­n penjelasan untuk dimaklumka­n kepada semua pesawah terbabit.

“Saya difahamkan RM3.21 juta diluluskan Kerajaan Persekutua­n melalui Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan bagi TBTP untuk diagihkan kepada 1,203 pesawah di Pekan yang tanaman padi mereka musnah ditenggela­mi banjir, hujung tahun lalu hingga awal tahun ini, membabitka­n kawasan Skim Pahang Tua, Skim Ganchong serta Skim Merchong.

“TBTP yang disediakan kerajaan bukan ganti rugi, sebaliknya wang ihsan bagi menampung beban sebahagian kerugian yang ditanggung pesawah terbabit,” katanya.

Muhamad Khalil meninjau keadaan sawah di Pekan.

 ?? (Foto Mohd Rafi Mamat/bh) ??
(Foto Mohd Rafi Mamat/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia