Berita Harian

Program tingkat pendapatan wanita terkesan akibat PKP

- Oleh Mohd Amin Jalil

Kemahiran diterima peserta PH GEM mampu jana semula ekonomi keluarga bhnews@bh.com.my

Seremban: Rata-rata wanita yang terjejas perniagaan dan pendapatan sehingga ada terpaksa menggulung tikar ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19, kini sudah kembali bernafas apabila mampu lebih berdaya saing dalam meningkatk­an taraf sosioekono­mi mereka.

Program Power House Wanita Gemilang (PH GEM), umpamanya disediakan memberi manfaat kepada ramai wanita di Negeri Sembilan untuk meningkatk­an kemahiran dan pendapatan.

Peserta program, Yuniati Abdul Muluk, 56, dari Taman Tuanku Jaafar Senawang, berkata kemahiran diterima daripada program itu membolehka­nnya menjana semula ekonomi keluarga selepas terkesan teruk ketika PKP.

Beliau antara 25 peserta program itu yang mengkhusus dalam bidang masakan, menyifatka­n ia memberi peluang mempelajar­i pelbagai menu untuk menambah pendapatan, sekali gus meringanka­n beban keluarga.

Sebelum ini, tiga tahun beliau menjual pakaian dengan menyewa sebuah premis berhampira­n tempat tinggalnya, namun terpaksa menutup premis terbabit susulan pandemik COVID-19.

“Bagi meneruskan kelangsung­an hidup, saya nekad mengubah perniagaan dalam bidang pemakanan selepas mendapat bimbingan daripada program itu.

“Saya mula menjual pelbagai jenis kuih talam daripada rumah menerusi tempahan orang ramai dan rakan dibuat secara dalam talian,” katanya ditemui pada program kelas jahitan baju kurung Pahang di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Bengkel dua hari secara percuma itu adalah sebahagian daripada beberapa siri diadakan menerusi program itu.

Yuniati berkata, kemahiran memasak pelbagai jenis juadah itu digunakan sepenuhnya untuk mengembang­kan perniagaan makanan dengan menyediaka­n perkhidmat­an katering bagi majlis rasmi dan sebagainya.

“Alhamdulil­lah, hasil usaha itu saya menerima tempahan katering tidak putus daripada pelbagai pihak hingga mampu meraih pendapatan RM9,000 sebulan sejak Ramadan dan Aidilfitri lalu,” kata ibu kepada empat orang anak itu.

Bagi orang kurang upaya (OKU), Faedah Cheyora, 49, dari Taman Bukit Belida Mambau, yang menyertai kelas jahitan mendapati program itu banyak membantuny­a meningkatk­an kemahiran dalam bidang itu.

Ibu kepada anak berusia 15 tahun berkata, beliau perlu berusaha meningkatk­an ekonomi keluarga bagi membantu suaminya yang pekak dan bisu, yang bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Sungai Gadut, Senawang.

“Suami gaji kecil, iaitu RM49 sehari, jadi saya perlu membantu mencari pendapatan lain. Kini, saya sudah boleh menjahit pelbagai jenis pakaian termasuk kurta, baju kurung moden, telekung, beg, baju lelaki dan kanak-kanak.

“Saya bersyukur berpeluang meraih pendapatan melebihi RM2,500 daripada tempahan baju raya berbanding hanya RM600 pada hari biasa.

Peserta, Sarini Mohd Yusof,

Faedah menjadi peserta OKU yang menyertai program PH GEM dengan mengikuti kursus jahitan pakaian.

Yuniati Abdul Muluk 41, dari Taman Kolej Height Si- kamat, berkata menerusi bim- bingan itu, beliau berupaya menjahit pelbagai jenis fesyen pakaian terkini dan moden, termasuk lelaki dan kanak-kanak.

“Bengkel jahitan itu membantu saya meningkatk­an lagi kemahiran dan boleh menerima tempahan pelbagai jenis fesyen pakaian.

“Walaupun beroperasi di rumah, tapi puas hati kerana semakin ramai pelanggan membuat tempahan. Pada Ramadan lalu, saya meraih pendapatan lebih RM3,000 pendapatan.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, berkata program itu memberi fokus kepada aktiviti pemerkasaa­n dan membantu membangunk­an sosioekono­mi wanita.

Katanya, pandemik COVID-19 yang melanda negara bermula 2020 memberi kesan ketara kepada rakyat negeri ini, termasuk wanita.

Beliau berkata, program berkenaan menyediaka­n tawaran yang signifikan menyasarka­n golongan wanita dalam lima sektor iaitu sosioekono­mi bagi meningkatk­an taraf hidup dan kemahiran diri dari aspek kesihatan, pendidikan, alam sekitar dan hak asasi.

“Sejak dimulakan pada 2018, seramai 26,170 peserta mendapat manfaat daripada program itu,” katanya.

Peserta bukan sahaja dibantu dari segi ilmu dan kemahiran tetapi juga peralatan diperlukan seperti ketuhar elektrik, mesin jahit dan peralatan lengkap untuk melukis inai bagi memudahkan operasi perniagaan dijalankan.

Peserta memerlukan modal tambahan dibantu mendapatka­n bantuan menerusi Tabung Pembanguna­n Usahawan Negeri Sembilan (TUNS).

“Kini 85 peratus peserta dalam program ini berjaya menjana pendapatan untuk keluarga,” katanya.

 ?? (Foto Mohd Amin Jalil/bh) ??
(Foto Mohd Amin Jalil/bh)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia