Berita Harian

10 suri rumah terima rawatan, gigi palsu percuma

-

Slim River: Seramai 10 suri rumah terdiri daripada golongan B40 membabitka­n pelbagai bangsa menerima rawatan dan gigi palsu secara percuma bagi meringanka­n beban mereka dengan tidak perlu menanggung proses pembikinan­nya yang membabitka­n kos tinggi.

Pekerja pembersiha­n, Asnah Harun, 46, berkata beliau gembira selepas nama terpilih untuk menerima rawatan dan gigi palsu secara percuma itu, sekali gus memudahkan menikmati makanan dengan sempurna.

Katanya, penjagaan gigi yang tidak sempurna sebelum ini menyebabka­n sebilangan gigi kekal rosak dan perlu dirawat atau dicabut oleh doktor.

“Rawatan awal mendapati sebahagian gigi saya rosak dan ada terpaksa dicabut secara berkala selepas melakukan pemeriksaa­n serta bagi mendapatka­n nasihat doktor. Gigi rosak menyebabka­n saya sukar untuk makanan dan kadangkala berasa malu bila berada di khalayak ramai.

“Kos rawatan dan menempah gigi palsu bukannya murah dan beliau tidak mampu membiayai sendiri kerana memikirkan ada keperluan lain untuk keluarga yang perlu diutamakan.

“Saya bersyukur nama terpilih untuk menerima bantuan

Asnah Harun gigi palsu walaupun kadangkala orang akan ketawa bila mendengarn­ya, namun ia sangat bermakna dalam hidup ini.

“Selepas ada gigi palsu ini tiada lagi masalah mengunyah makanan dan hidup lebih berkeyakin­an dengan penampilan kemas,” katanya ditemui pada Program Senyuman Rakyat di Klinik Pergigian Hanafi, baru-baru ini.

Majlis pelancaran disempurna­kan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon yang turut menyampaik­an sumbangan RM10,000 bagi menjayakan program itu.

Selain itu, kira-kira 500 pemegang Kad Anak yang terdiri anak yatim pelbagai bangsa di daerah Muallim turut bakal menerima rawatan pergigian percuma di klinik itu.

Sementara itu Pengarah Docmove Sdn Bhd, Dr Hanafi Yahya, berkata program itu dijalankan atas inisiatif beliau dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) bagi membantu mengenal pasti individu layak menerima manfaat menerusi program itu.

“Kos rawatan sehingga menempah dan memasang gigi palsu membabitka­n kira-kira RM1,500 seorang dan RM1,000 bagi setiap suri rumah dibiayai beberapa pihak lain sebagai sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

“Setiap bulan, kami mencari penaja sama ada dalam kalangan individu, ahli korporat dan dermawan bagi menaja golongan ini memiliki gigi palsu secara percuma,” katanya.

Dr Hanafi berkata, penjagaan gigi yang kurang sempurna menjadi antara faktor menyebabka­n gigi mudah dan cepat rosak sehingga terpaksa dicabut kerana bimbang memberi kesan sampingan, terutama kanser.

Katanya, beliau berharap dengan adanya program seumpama ini ia dapat mengembali­kan keyakinan diri, menikmati makanan dengan sempurna dan lebih bermakna mereka mampu mengukir senyuman semula.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia