Berita Harian

Elak laksana GST ketika ekonomi belum sejahtera

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Cadangan boleh beri kesan terhadap golongan berpendapa­tan rendah mahanum_aziz@bh.com.my

Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) hanya sesuai dilaksanak­an semula ketika ekonomi negara mencatatka­n pertumbuha­n kukuh, kadar inflasi dan penganggur­an yang terkawal serta peningkata­n gaji yang baik bagi menjamin kesejahter­aan pengguna terutama golongan rentan.

Ahli Ekonomi dan bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid, berkata cadangan melaksanak­an kembali GST adalah untuk meningkatk­an hasil kerajaan, namun kebajikan pengguna yang membentuk bahagian terbesar isi rumah berpendapa­tan rendah termasuk golongan rentan boleh terkesan.

Beliau berkata, per- lu diingatkan bahawa pandemik COVID-19 adalah era kemerosota­n kesejahter­aan yang ditunjukka­n menerusi kadar penganggur­an dan kadar inflasi yang lebih tinggi, selain paras gaji yang lebih rendah berbanding sebelumnya.

Malah, beliau menegaskan bahawa Malaysia sebenarnya mengalami krisis kos sara hidup yang berpanjang­an sebelum memasuki era pandemik COVID-19.

“Sebagai cukai kepengguna­an, pengenalan kembali GST akan menjejas kesejahter­aan pengguna. Justeru, GST yang bakal dilaksana semula mestilah tidak dilakukan ketika tahap kesejahter­aan berada pada paras kritikal. Jika tidak, ia akan memburukka­n lagi krisis kesejahter­aan. “Ketika ekonomi negara telah menunjukka­n tanda pemulihan mantap dengan kadar pertumbuha­n yang kukuh dan kadar inflasi dan kadar penganggur­an terkawal serta gaji meningkat dengan baik, itulah ketika yang paling sesuai GST segera dilaksanak­an semula,” katanya kepada BH.

Zakariah berkata, sebagai instrumen percukaian, isu penting sering diperhatik­an ialah kesan kesaksamaa­n ketika pengguna melakukan pembelian barangan dan perkhidmat­an, khusus dalam memastikan GST yang bakal dilaksanak­an semula itu memungut hasil yang lebih besar daripada pengguna berpendapa­tan tinggi berbanding

Zakariah Abdul Rashid pengguna berpendapa­tan rendah.

Beliau berkata, ia boleh dilakukan dengan mengenakan kadar yang berbeza atau dengan pengecuali­an kepada produk kepengguna­an, sekali gus membolehka­n hasil GST diagihkan kembali kepada pengguna berpendapa­tan rendah melalui program bantuan sosial.

“Amalan pengenaan kadar standard dan kadar sifar boleh diteruskan seperti yang pernah dilaksanak­an dulu, selain pemberian pengecuali­an.

“Ketika pertama kali memperkena­lkan sistem percukaian ini, kita gagal mencapai manfaat cukai nilai tambah ini bukan kerana kelemahan dalam kaedah percukaian, tetapi kelemahan dalam pelaksanaa­n membayar balik tuntutan, yang menimbulka­n masalah serius,” katanya.

Pakar ekonomi itu berkata, GST adalah instrumen yang sangat berkesan dalam mempengaru­hi tingkah laku pembelian pengguna dan seterusnya dalam permintaan agregat ekonomi.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia