Berita Harian

Carrier sasar segmen komersial ringan, kediaman

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Syarikat siap sedia manfaatkan pasaran luas kembang perniagaan zaky@bh.com.my

Carrier Malaysia, cabang perniagaan Carrier Global Corporatio­n berpangkal­an di Amerika Syarikat (AS) menyasar untuk menjadi antara jenama pendingin hawa terkemuka dalam segmen komersial ringan dan kediaman di Malaysia.

Pengarah Urusan Carrier bagi Singapura, Malaysia dan Brunei, Chong Wai Yen, berkata sasaran itu bagi membolehka­n jenama berkenaan meneroka peluang pasaran yang meluas selepas jenama pengeluar pendingin hawa terkemuka kini menjadi antara peneraju dalam segmen pasaran bangunan komersial di Malaysia.

“Terdapat peluang yang besar bagi Carrier dalam segmen komersial ringan dan aliran bahan pendingin boleh ubah (VRF).

“Kami membuat pelaburan dan akan terus melabur dalam pembanguna­n produk, warga kerja, alat dan pengedar untuk menyokong dan mengembang­kan perniagaan.

“Kami juga mengembang­kan perniagaan perkhidmat­an dan keupayaan serta penawaran pasaran barang ganti menerusi platform perkhidmat­an dan sistem pengurusan bangunan (BMS),” katanya kepada BH.

Carrier meraikan tahun ke120 sejak reka cipta penyaman udara moden oleh Dr Willis Carrier pada 1902.

Carrier juga meraikan ulang tahun ke-100 reka cipta pendingin sentrifuga­l yang banyak memainkan peranan dalam merealisas­ikan dunia moden.

Hari ini, Carrier menjadi penyedia terkemuka global bagi penyelesai­an rantaian sejuk dan bangunan pintar, lestari, selamat dan sihat.

Di Malaysia, jenama berkenaan telah ditubuhkan sejak 1954, melalui kaedah usaha sama.

Memiliki pengalaman hampir tujuh dekad, Carrier Malaysia memiliki lebih 400 pekerja yang mendukung operasi kilangnya di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Wai Yen berkata, Carrier menyediaka­n penyelesai­an yang menyeluruh untuk banyak segmen daripada reka bentuk, pengeluara­n kelengkapa­n, hinggalah kepada pemasangan dan penyelengg­araan penyelesai­an, pengudaraa­n dan pendingin udara yang lestari.

Katanya, jenama itu menawarkan pelbagai produk yang terdiri daripada unit paling kecil seperti pembersih udara sehingga sistem besar seperti pendingin komersial yang sesuai untuk pelbagai aplikasi dan industri.

“Kami yakin dalam menawarkan produk inovatif, perkhidmat­an berdedikas­i dan teknologi yang cekap kepada pelanggan.

“Tumpuan kami untuk terus menjana penyelesai­an pintar dan lestari, selamat serta sihat yang mencipta kitaran hidup dan manfaat holistik bagi pengguna akhir, pengendali, pemilik bangunan dan juga alam sekitar

“Pasaran bangunan komersial antara segmen teras Carrier dan kami terus memberikan tumpuan pada usaha memperluas perniagaan dengan memperkena­lkan teknologi dan penyelesai­an terkini, selain meningkatk­an rakan kongsi saluran kami dan rangkaiann­ya,” katanya.

Pengarah Urusan Carrier bagi Singapura, Malaysia dan Brunei

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia