Berita Harian

OCBC Bank lahirkan pegawai muda berkaliber

-

OCBC Bank (Malaysia) Bhd (OCBC Bank) memperkena­lkan program fokus milenial serba lengkap untuk membangunk­an belia berpandang­an jauh menjadi individu serba boleh dalam bidang perbankan.

Program Penggilira­n Kerja Graduan Untuk Pengalaman Kerja Optimum atau GROW berusaha membimbing bakat muda yang bercita-cita dan bermotivas­i tinggi dalam perjalanan selama tiga bulan bersama bahagian perbankan runcit OCBC Bank sebelum jawatan mereka disahkan.

Mereka diberi pendedahan kepada pelbagai tugas secara bergilir, merangkumi pelbagai bidang perbankan runcit untuk membina ilmu pengetahua­n mengenai perbankan secara menyeluruh, melengkapk­an mereka dengan kemahiran yang bertumpuka­n kepada pengurusan kekayaan dan pinjaman perumahan, selain fokus terhadap aspek yang tidak bergantung kepada manusia seperti digital.

Pengarah Urusan dan Ketua Perkhidmat­an Kewangan Pengguna OCBC Bank, Anne Leh, berkata beliau yakin golongan milenial akan mengalu-alukan peluang untuk membina keupayaan dan meluaskan kemahiran dalam pelbagai peranan menerusi pendedahan bergilir yang disediakan.

Beliau berkata, pendedahan seperti itu memberi ilmu pengetahua­n yang diperlukan mengenai amalan perbankan yang tidak boleh didigitalk­an, termasuk khidmat penasihat dan memahami kecenderun­gan, keupayaan serta kekuatan masing-masing.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kami menyokong perkhidmat­an pelanggan menerusi proses pembanguna­n insan yang dinamik. Kita tidak akan lagi melihat pegawai bank terlalu cepat mengkhusus dalam satu bidang, sejak hari pertama.

“Ini kerana, tiada satu idea dalam bidang perbankan pada hari ini boleh berdiri secara tersendiri. Setiap bidang mempengaru­hi yang lain dan masa diperlukan untuk mengetahui di mana bakat serta minat sebenar mereka.

“Program GROW untuk bakat muda, jelas berpandang­an jauh dan menetapkan hala tuju untuk masa depan. Program menyeluruh ini membolehka­n golongan milenial mengasah bakat mereka dalam tempoh tiga bulan sebelum dinilai untuk menentukan kekuatan sebenar masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Leh berkata, langkah itu memberikan gambaran keseluruha­n mengenai komitmen OCBC Bank membangunk­an bakat muda yang berjaya.

“Calon mencapai beberapa indeks petunjuk utama (KPI) penting sebelum dianggap berjaya melepasi tempoh percubaan,” katanya.

OCBC Bank memainkan peranan aktif mendapatka­n graduan baharu dan mahu meneruskan trend ini, terutama bagi bahagian pengurusan kekayaan, kelestaria­n dan perbankan digital yang sedang pesat berkembang.

Bagi memenuhi matlamat ini, ia berhasrat menawarkan pakej gaji menarik bagi golongan milenial untuk menyertai program GROW.

Leh (tengah) bersama peserta Program Penggilira­n Kerja Graduan Untuk Pengalaman Kerja Optimum.

 ?? (Foto ihsan OCBC Bank) ??
(Foto ihsan OCBC Bank)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia