Berita Harian

AS, Korea Selatan balas peluru berpandu Korea Utara

-

Demonstras­i tunjuk keupayaan, kesediaan serangan tepat

Seoul: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) semalam, melancarka­n lapan peluru berpandu di luar pantai timur Korea Selatan sebagai tindak balas kepada pelancaran peluru berpandu balistik jarak dekat republik itu kelmarin, lapor agensi berita Yonhap.

Tentera Korea Selatan, seperti dilaporkan Yonhap, berkata ia adalah demonstras­i ‘keupayaan dan kesediaan membuat serangan tepat’ terhadap sumber pelancaran peluru berpandu atau pusat arahan dan sokongan Korea Utara.

Katanya, lapan peluru berpandu dilepaskan tentera Korea Selatan dan AS ke udara kirakira 10 minit mulai jam 4.45 pagi semalam sebagai tindak balas kepada lapan peluru berpandu dilepaskan Korea Utara kelmarin.

Peluru berpandu balistik jarak dekat Korea Utara, yang dilepaskan ke arah laut di luar pantai timurnya semalam, mungkin ujian tunggal terbesarny­a, sehari selepas Korea Selatan dan AS menamatkan latihan ketenteraa­n bersama.

Gabungan tentera Korea Selatan dan AS bulan lalu, melepaskan peluru berpandu sebagai tindak balas kepada pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara.

AS dan Korea Selatan mendakwa tindakan Korea Utara itu melanggar resolusi Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC).

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol, yang baru memegang jawatan bulan lalu, berikrar untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap Korea Utara.

Antara lain, beliau bersetuju dengan Presiden AS, Joe Biden, pada sidang kemuncak Mei di Seoul untuk meningkatk­an latihan ketenteraa­n bersama dan gabungan strategi pencegahan mereka. REUTERS

 ?? (Foto AFP) ?? Gambar menunjukka­n Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera (ATACMS) menembak peluru berpandu dari lokasi yang tidak didedahkan di pantai timur Korea Selatan.
(Foto AFP) Gambar menunjukka­n Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera (ATACMS) menembak peluru berpandu dari lokasi yang tidak didedahkan di pantai timur Korea Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia