Berita Harian

Gelombang baharu boleh muncul semula di Singapura

-

Penularan COVID-19

Jangkaan berdasar antibodi daripada vaksinasi mula menurun, faktor varian BA.4, BA.5

Kementeria­n Kesihatan memberi amaran berkata, gelombang baharu COVID-19 boleh berlaku di Singapura jika antibodi manusia daripada vaksinasi dan jangkitan daripada gelombang Omicron terakhir mula berkuranga­n.

Menteri Kesihatan, Ong Ye

Kung, berkata peningkata­n kes mungkin berlaku pada Julai atau Ogos ini, berdasarka­n apa yang berlaku di negara lain di dunia, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, yang didorong oleh varian virus BA.4 dan BA.5.

“Ia bukan disebabkan oleh sebarang usaha pemodelan yang rumit, tetapi dengan hakikat bahawa apabila gelombang reda, empat hingga enam bulan kemudian, kita harus menjangkak­an gelombang lain akan meningkat,” katanya.

Kedua-dua varian itu mula dikesan di Afrika Selatan awal tahun ini dan kini menyebabka­n peningkata­n baru dalam bilangan kes COVID-19 global.

Menurut Ye Kung, tiga kes pertama varian itu dikesan di Singapura pada pertengaha­n Mei, tetapi pakar mengatakan tiada sebab untuk berasa cemas.

Dalam pada itu, kes denggi mingguan Singapura dijangka sampai ke angka kemuncak baharu, malah sudah melepasi 2,000 kes minggu lalu.

Bagi menangani masalah itu, pihak berkuasa pun mengeluark­an 59 perintah menghentik­an pekerjaan (SWO) kepada tapak binaan yang didapati melakukan kesalahan pembiakan nyamuk berulang tahun ini selain mendakwa sembilan kontraktor di mahkamah.

Ini sesudah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menjalanka­n kira-kira 305,000 pemeriksaa­n serata pulau, termasuk kira-kira 2,300 pemeriksaa­n di tapak binaan, yang menemukan sekitar 9,000 habitat pembiakan nyamuk minggu lalu.

Menurut NEA, bilangan kes denggi mingguan di sini dijangka mencecah jumlah kemuncak, melepasi angka mingguan tertinggi iaitu 1,787 kes pada 2020.

Angka mingguan itu juga mungkin melebihi 2,000 kes bulan ini, dengan Jun biasanya adalah permulaan musim denggi, tambah NEA.

Lebih 12,000 kes denggi pula dilaporkan tahun ini sejauh ini. Ia adalah melebihi 5,258 kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.

AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? Peningkata­n kes COVID-19 mungkin berlaku pada Julai atau Ogos ini, berdasarka­n trand yang berlaku di negara lain.
(Foto AFP) Peningkata­n kes COVID-19 mungkin berlaku pada Julai atau Ogos ini, berdasarka­n trand yang berlaku di negara lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia